Tuesday, July 26, 2011

PANCING TERBANG DI KELONG POZI

Selepas sembahyang jumaat aku dan Khairul Manusia Getah pergi ke kelong Pozi. Sesampai di atas kelong Pozi telah ada pemancing group India dan pegawai tentera darat dari kem Wangsa Maju. Aku membawa lima set joran 17 kaki panjang dan satu set joran apolo. Aku sampai di kelong agak awal, lebih kurang pukul 4 petang. Aku pun pasang set panjang dan apolo umpan. Tapi sayang malam tu, air agak sejuk. Hanya semilang dan  daun baru yang galak makan umpan. Ikan-ikan lain senyap dan sepi. lebih kurang pukul 12 malam, aku pun masuk bilik dan tidur. Baru nak melelapkan mata, angin bertiup kencang. Kedengaran riuh rendah pemancing-pemancing lain mengemaskan barang dan alatan memancing.
Esok pagi aku pun bangun awal lalu susun joran di tempat-tempat strategi memandangkan air pasang penuh dan keruh. Aku memang sentiasa menunggu air yang keruh kerana pengalaman-pengalaman sebelum ini kalau air keruh memang menjadi. Pukul tujuh pagi aku pun lontar umpan ke lubuk jenahak kerana jenahak memang suka makan pagi dan semasa air surut. Salah satu joran yang selalu membawa luck aku lontar ke arah jeti shell ke lubuk jenahak. Aku sempat memastikan semua joran-joran aku di ikat dengan kemas memandangkan arus dan warna air yang baik. Aku pergi ke belakang kelong kerana nak cari sekor dua umpan lagi. Belum sempat aku lontar apolo, aku terdengar jeritan pemancing lain. Aku terus campak joran apolo lalu berlari melihat joran aku. Aku seperti tak percaya apabila melihat joran 17 kaki aku sedang hanyut dan bergerak laju dalam laut seperti di tarik sesuatu yang besar dan bertenaga. Yang hairannya, aku dah ikat joran tu dengan tali yang aku agak kuat. Hilang RM 500. Dah la bulan ni nak pakai duit banyak, anak-anak ajak pergi makan angin sempena cuti sekolah. Nasihat saya kepada kawan-kawan, kalau memancing kat laut dan guna plak umpan ikan atau sotong, pastikan joran anda di tambat dengan kemas supaya peristiwa yang menimpa pada saya ni tidak berulang kepada anda pulak.

4 comments:

  1. simpan tuk 10 tahun akan datang :) nasib baik leh dapat balik tu, tapi tak tau la sape yang dapt hehehe

    ReplyDelete
  2. ramai lagi yang hilang rod dan reel kat sini.. kalu pakai umpan ikan atau udang hidup pastikan joran diikat.. kalau tak...

    ReplyDelete
  3. saya ingat lagi kejadian ni...hahahaha

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih