Tuesday, November 15, 2011

MEMANGGIL IKAN

Bagi pemancing ikan air tawar, memanggil ikan atau merasuah ikan adalah sangat penting terutama jika kita memancing ditempat yang sama setiap hari. Ada beberapa jenis ikan yang mudah dipanggil atau mudah menerima rasuah seperti tilapia, rohu, patin, jelawat, pacu, baung dan beberapa spisis lagi. \
    Walaubagaimanapun, penggunaan rasuah juga berbeza mengikut tempat dan jenis ikan. Di bawah ini antara beberapa jenis rasuah yang saya pernah praktikan. Sebelum menceburi bidang memanmancing di laut, saya terlebih dahulu mendalami ilmu memancing di kolam, lombong , sungai dan bendang atau kawasan paya.
1. Ikan baung
Ikan baung memang terkenal dengan sikap gelojoh dan pemakan bangkai. Selain itu ikan baung juga amat sensitif kepada bau-bauan bangkai. Semasa saya pergi memancing di kenyir, saya akan memeram perut ayam selama 2 hari dalam tanah. perut ayam yang busuk itu, di masukan ke dalam tin lalu ditebuk sebelum di campak ke dalam air atau lubuk. Tin itu mestilah dimasukan dengan batu sebagai pemberat. Biasanya ikan baung tidak aktif pada waktu siang, jadi eloklah perut ayam ini di campak pada waktu petang. Sebaiknya, apabila perut ayam sudah dicampak ke dalam lubuk, kita perlu diam dan memancing apabila sudah tiba waktu maghrib atau malam. Pasti ada baung yang bersaiz besar akan datang.
2. Ikan toman dan haruan
Ikan toman dan haruan bukan jenis pembangkai tetapi merupakan pemburu secara senyap atau mengendap. Ikan toman dan haruan suka menyebunyi di bawah batang atau di celah2 rumput yang tebal dan panjang. Apabila kita menabur perut ayam, secara outomatik menarik perhatian anak2 ikan kecil seperti seluang atau lampam. Bunyi2 pergerakan anak2 ikan kecil ini merebut perut ayam boleh menarik perhatian ikan pemangsa seperti haruan dan toman. Teknik ini saya pernah lakukan di lombong dan juga tasik kenyir. Memang menjadi di mana saya lihat banyak ikan haruan dan toman timbul apabila anak2 ikan timbul mereput perut ayam.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih