Wednesday, January 25, 2012

EBEK HENTAM APOLO

Tahun Baru Cina 2012 semasa aku sampai kat kelong Pozi, angin barat dah bertiup kencang. Ombak melambung2 dari tengahari sampai malam. Aku nak cari umpan pon susah, coz tak nampak kat mana tamban duk lepak. Memang susah dapat umpan hari ni, walaupun mengikut jangkaan aku umpan senang dapat. Apabila nampak tamban pon agak jauh kerana air gerak perlahan. Kalau air gerak laju baru tamban datang dekat dengan kelong.
Nak buat camna, aku terus saja campak apolo kerana aku tak ada bawa umpan. Kalau tak ada umpan, alamat pancing aku tersadai saja kat tepi pagar kelong. Ada pemancing lain yang apolo jugak, ada yang berjaya menaikan ikan capin walaupon tamban yang di cari. Kira rezeki lah tu, ada jugak daripada tak ada langsung. Sedang aku asyik apolo, tetiba aku terasa apolo aku tersangkut sesuatu yang berat, aku naik cuak jugak kerana aku hanya guna mata apolo saiz 8 saja.
Mula2 aku ingat ikan capin tetapi kenapa terasa berat sangat. "Capin besar kot", ingat dalam hatiku.Walaubagaimanapun, aku masih steady kawal rod aku walaupun beberapa kali ikan tu cuba menghampiri tiang. Selepas 5 minit bertahan, akhirnya aku nampak ikan .Terkejut jugak aku, kerana seekor ebek hampir sekilo di mata apolo aku. Kalau dah rezeki, tanpa umpan pon dapat ikan jugak.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih