Monday, February 13, 2012

BELAJAR MENCARI PUMPUN SARANG

Abang Dolah membawa aku ke port pumpun sarang

Aku terjumpa dengan Abang Dolah secara tidak sengaja sahaja semasa dia hendak pulang selepas mencari pumpun di Pantai Tanjung Tuan. Abang Dolah yang peramah tanpa banyak soal terus mahu mengajar aku mencari umpan pumpun sarang. Beliau hanya mencari pumpun yang besar2 sahaja kerana pumpun yang besar lebih liat dan banyak darah katanya. Berbekal sebatang penyodok dan bekas kami menuju ke kawasan 'perkampungan pumpun'.



Port yang baik mencari pumpun



Menurut abang Dolah, pumpun suka di tepi pantai kawasan yang berpasir dan berlumpur terutama di celah2 akar bakau. Apabila air surut, sarang pumpun akan timbul  tetapi kita perlu cepat bertindak semasa mahu mengorek pumpun kerana pumpun akan lari meninggalkan sarangnya lalu masuk ke dalam pasir atau lumpur.Aku lihat memang banyak sarang pumpun tetapi kebanyakannya berada di celah2 akar bakau. Memang susah untuk mengorek pumpun sarang di celah2 akar kerana pumpun akan masuk dalam lumpur apabila penyodok kita tersangsuk di celah2 akar.

Perlu korek dengan cara yang betul

Aku mencuba beberapa kali mengorek pumpun tetapi gagal kerana pumpun telah melarikan diri. menurut abang Dolah, kita perlu melihat arah sarang itu berada. kita perlu cepat menyekat pumpun dalam sarang keluar dengan menekan penyodok dibelakang arah sarang. Dengan demikian, pumpun tidak dapat melarikan diri. Selain itu, jika sarang pumpun tersentuh sahaja, pumpun turut melarikan diri dalam lumpur meninggalkan sarang.




pumpun yang baik bersaiz besar
setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan seekor pumpun sarang yang besar. Menurut abang Dolah lagi, kita perlu mencari sarang yang besar jika mahu mendapatkan pumpun yang besar. Pumpun yang besar lebih baik dijadikan umpan kerana saiz dan lebih liat berbanding pumpun yang kecil.  Abang Dolah hanya menggunakan bahagian kepala pumpun sahaja untuk dijadikan umpan. Katanya, bahagian kepala lebih liat dan umpan dapat bertahan lama apabila digetus oleh anak2 ikan kecil. Abang Dolah memberitahu lagi bahawa dia selalu memancing dikawasan pantai Port Dickson dan telah berjaya mendaratkan berpuluh2 ekor pari dengan menggunakan umpan pumpun di kawasan pantai Port Dickson.Sememangnya abang Dolah boleh dianggap otai di Pantai port Dickson. terima kasih abang Dolah kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada aku.

2 comments:

  1. mantaaaab info yang menarik tentang Tips Mencari Umpan Pumpun Atau Cacing Laut
    terimekaseh sobat salam kenal dari indonesia

    ReplyDelete
  2. Cara pasang umpan pun pun sarang camne yea masta

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih