Monday, March 19, 2012

JETI MEMANCING WAK SEMPO, BAGAN LALANG, SEPANG


nombor telefon en Nasir : 0192699924

Jeti Wak Sempo ni memang dah lama terkenal dalam daerah Sepang pada masa dulu. Selepas Arwah wak Sempo meninggal, jeti tersebut terbiar. Jeti Wak Sempo terletak sebelah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Walaubagaimanapun, semasa aku lalu jalan tersebut, aku lihat jeti tersebut telah dibina semula. Aku pun hentikan kereta lalu singgah sebentar. Rupa2nya jeti tersebut dibuka semula oleh anak arwah wak sempo berkongsi dengan kawan2 beliau. Selepas hari tu, aku ada singgah di jeti tersebut sebanyak 3 kali. Setiap kali aku singgah, ada sahaja ikan yang gred A dinaikan oleh pemancing. Ini membuatkan aku berminat nak tulis perihal jeti ini sekaligus membantu mempromosi tempat memancing ini. Bagi pemancing yang hendak memburu ikan gred A seperti kerapu, senangin, jenahak atau siakap dengan budget yang murah bolehlah berkunjung ke jeti ini.kalau nak maklumat lengkap boleh contact abang Nasir di talian 0192699924.
Untuk masuk dan memancing di jeti Wak Sempo, anda hanya perlu membayar RM4 sahaja untuk satu joran. Anda juga boleh membeli umpan pumpun dan udang hidup di jeti juga. Ini memudahkan pemancing ang perlu membawa peralatan memancing sahaja. Apa pun komen bagi saya, seeloknya anda menggunakan umpan udang hidup atau belanak kenana ikan2 gred A hanya suka umpan tersebut. Harga udang hidup juga murah iaitu 50 sen sahaja seekor.
Sebelum arwah Wak sempo meninggal, beliau ada meletakan beberapa buah tukun. Tukun tersebut telah lama berada dan kini tukun tersebut telah menjadi atau hidup. Mungkin anda tak percaya jika aku katakan kerapu merupakan penghuni utama tukun ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja henjutan oleh  kerapu tetapi agak susah dinaikan kerana kerapu tersebut melarikan diri dalam tukun. Aku nasihatkan kepada pemancing supaya membawa rod yang lebih keras dan joran yang lebih lasak jika hendak memburu kerapu di sini. Saiz kerapu di sini boleh mencecah 7 Kg. Tukun utama terletak betul2 dengan bro yang duduk atas kerusi dalm pic di atas.
Selain itu, di kiri jeti pula ialah tempat tambatan bot. Struktur yang berceragah dan semak ini pula menyediakan lubuk bagi siakap. selalu sangat pemancing yang berjaya menaikan siakap di sini tetapi perlu mengetahui jadual air kerana siakap memang cerewet dengan arus dan masa makan. Baru2 ini aku lihat seorang pemancing berjaya menaikan seekor kurau dalam saiz sekilo lebih.
Kerapu saiz ini saiz biasa di jeti Wak sempo malah saiz yang lebih besar dinaikan seperti seminggu sebelum pic ini di ambil, ada seorang pemancing berjaya menaikan kerapu bersaiz 7 KG. Umpan udang hidup atau belanak potong yang paling baik untuk memancing kerapu., Biasanya, kalau mahu memancing jeti sewaktu air bergerak perlahan atau air kecil kerana arus deras boleh menghanyutkan batu ladung.
Pemancing juga tidak perlu risau hendak menunaikan solat kerana memang terdapat sebuah surau yang disediakan di jeti ini yang hanya jarak beberapa meter sahaja dari tempat memancing. Kalau agak kepenatan, apalah salahnya boleh melabuhkan badan sebentar sementara mengumpul tenaga kembali.
kalau terasa lapar atau dahaga juga tidak menjadi masalah kepada pemancing kerana terdapat sebuah gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan sejuk dan panas. Semasa memancing, keperluaan mendapatkan makanan sangat penting kerana memancing memerlukan masa yang lama. Apabila memancing di jeti Wak Sempo, makanan tidak menjadi masalah.
Kalau perut dah kenyang pun menjadi masalah kepada kita juga. Jangan risau kerana di jeti wak sempo juga sebuah tempat untuk menunaikan hajat anda. Apa kata, mari kita pergi gempur jeti wak sempo untuk menngetahui penghuninya.
siap papan tanda jalan 
ikan ni guna umpan roti gardenia saja
nak sewa bot pun adaaa....
bukan satu tapi tiga bot untuk disewa









76 comments:

  1. asalmualaikum terima kasih dengan info saya pemancing baru yang minat utk memancing di tempat itu ....

    ReplyDelete
  2. Macam best je tempat ni bro. Musti chk it out nih..thanks for info. Ramai tak org mancing sini selalunye?

    ReplyDelete
  3. Kalau mlm2 cuti mmg penuh la jugak... pernah gak naikkan kerapu kat sini.. saiz biasa. port mmg baek.. luas..

    tapi byk kali sangkut, mungkin pasal sangkut kat tukun kot...

    ReplyDelete
  4. blh sy dpt kn alamat tempat nie x?

    ReplyDelete
  5. Jeti ni pun ada sewa sampan rm150 siap myk lau tak silap.. mggu ni ingat nak sewa la..

    ReplyDelete
  6. kalau nak mancing kerapu, senagin atau siakap.. pastikan arus air 2 hari sebelum mati.. dan 2 hari selepas mati,.. memang cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saiz ladung dan mata yang sesuai kat sini bro?

      Delete
  7. ramai duk tanya adress.. senang saja jalan pergi ke pantai bagan lalang tepi sungai sepang besar

    ReplyDelete
  8. salam en...mcm mana tempat nih sekarang..
    ok ke kalau nak pegi memancing..

    ReplyDelete
  9. as salam sy nak bertanya ada sesapa disini selalu turun pelabuhan kelang naik bot jika kekurangan team boleh ajak saya di no 01129040499 dzull.atau dimasa saja in sha allah sy nak join

    ReplyDelete
  10. In Sya Allah hujung minggu ni nak try kalau takde aral melintang.

    ReplyDelete
  11. sesuai tak kalu bwk famli yang ada baby datang mancing kat sini?

    ReplyDelete
  12. Boleh bwk ikan tuh balik dak? ke nk kena lepaskan balik....

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. kalau port clear apa salahnya,tapi hujung minggu agak ramai.susah kalau sangkut pancing orang.

      Delete
  14. tmpt ni blh bwk family.. blh dikatakan lengkap.. cuma kdai mkn akn tutup pada hari khamis mlm jmaat.. kedai runcit jauh skit dlm 500 meter.. kna naik trnsport utk ke kedai runcit.. ikan mmg ler blh bwk blik sbb ni mancing sungai.. tempat ni dh semakin luas.. sewa bot skrg bkn rm150.. yg tu utk thun 2012.. skrg x silap sy dh rm 180.. klu pi mancing hari jumaat ptg hingga hari ahad ptg mmg ramai.. kdg2 x muat tmpt.. ikan kt cni mmg besar2 klu makan.. jeti ni di buka 24 jam.. klu guna GPS blh masukkan koordinat tmpt ni. 2"36"29.67 N / 101"42"09.31 E tq all .. from amir pancing.net

    ReplyDelete
  15. Sy slalu lalu jeti ni, tp blom berkesempatan utk singgah. Mungkin raya tahun ni leh singgah sambil cuti2 malaysia ngan family...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Jaln nk pergi bagan k jln dh msuk nk g pntai bagan? Senang wt maps j bang ke tmpt lokasi

    ReplyDelete
  18. Jaln nk pergi bagan k jln dh msuk nk g pntai bagan? Senang wt maps j bang ke tmpt lokasi

    ReplyDelete
  19. Ikan Belanak ada dijual di sine tak?Sebagai umpan

    ReplyDelete
  20. klu nak sewa bot brape harga...................

    ReplyDelete
  21. IKAN BELANAK JALA SENDIRI SAJA TEPI JETI TU... BESAR2 LAGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas info...tgh bulan nie ingt nk pg mencuba..

      Delete
  22. Mang menarik tmpat nie...berjaya naikkan siakap, kerapu n kapas@kuku

    ReplyDelete
  23. Apa cite berbaru kat jeti wak ni skrg?

    ReplyDelete
  24. itu hari dtg try dpt lah gelama pisang

    ReplyDelete
  25. dari cerita dan info nampaknya tempat nie mmg menarik... insyaallah nak cuba juga lah masa cuti nanti....

    ReplyDelete
  26. Saya baru jer minggu lepas pergi jeti wak ni.. dapat ikan gelama juga. Masa tu air x berapa cantik sangat.

    ReplyDelete
  27. aku dh slalu sgt lepak sungai besar bagan ni....main bot..umah rakit..jeti..bbangau tu biasaa la..tp jarang balik kosong...aku penah naik ikan merah..kurau..jenahak..yg lain2 biasa la..sembilang..glamer..grut2...smbilang pisang...blukang....tapak sulaiman..sirat bodo...malong...ketam..tuka..ikan tutu ni semua yg aku penah naik kan.....Suumpah wlau ada bangau aku ttp happy lepak sana..riadah

    ReplyDelete
  28. nampak best je jeti ni....blh test tu

    ReplyDelete
  29. Jeti Wak Sempo : geo:2.608241,101.702586?q=Jeti+Wak+Sempo (You can copy the entire message and set it as destination in PAPAGO! Navigator by using navigate from clipboard.)

    ReplyDelete
  30. Jmaat mlm lps sy baru g...dptlah gelama pisang....dan yg trbaru tntang jeti ni...byrn utk sbatang joran dh naik seringgit..dlu RM4...skrg RM5...

    ReplyDelete
  31. Kalu nk mncing cni...wktu air besar...

    ReplyDelete
  32. Umpan ape paling mujarab kt cni? Sbb sy slalu pg jeti ni tiap 2 mgu selkali gna umpan udang hidup tp x penah srike ikan grade A lg stakat ni. So boleh shar umpan pe yg best kat cni.

    ReplyDelete
  33. salam..masih beroperasi ke tempat ni..boleh x nak tahu berapa harga umpan2 dan harga bagi 1 joran..dan jugak waktu beroperasi..t.q

    ReplyDelete
  34. Jt ni xda ikan besar.semua kecik2..pecayah..jgn myesal nnt.

    ReplyDelete
  35. Aku dh try mcm2 umpn hidup.mati..yg naik semua buntal jerrr

    ReplyDelete
  36. masih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?

    ReplyDelete
  37. masih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?

    ReplyDelete
  38. masih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beroperasi lagi. 1 joran rm5. Tgk air jugak la bro. Hari tu kami pegi membangau jugak la. Tp tempatnye best rilex & cantik.

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. as'salamekum..nk tanya cikit geng...at jeti nee open 24jam kew cam mane..??n kalau time mlm..ade kew umpan hidup d'jual at jeti tuh..??

    ReplyDelete
  41. camne nak ke tempat ni,,,cari dlm waze jeti wak sempo,bagan lalang,sepang,,, x de pun..

    ReplyDelete
  42. sesape ada kat sana tu,,,add kan le tempat ni dalam wazw,,,senang org nak cari

    ReplyDelete
  43. Replies
    1. Jeti Wak Sempuh
      Dropped Pin

      https://goo.gl/maps/Mt1CTpVaqw62

      Delete
  44. Saya pergi dgn family, dari 4 ptg me 4 pagi.. seekor x naik.
    Maaflah, ikan dah x de. Faktor pencemaran kot... sian anak saya. Terus ke Pantai Pengkalan Balak, dapatlah juga gelama besor tapak tangan

    ReplyDelete
  45. Salam, jeti ni masih buka ke? masih ada ikan ke dekat jeti ni?

    ReplyDelete
  46. Mancing ni..kat mana pun kena sabar...ikan dalam air...rezeki Allah yg bagi...nak mudah kat pasar tg sepat je...macam macam ikan ada tu....siap ada sotong udang ketam pun boleh pancing kat pasar tu...cuma tak adalah trill dia...tak adalah riadah dia....

    ReplyDelete
  47. singgah semalam jeti nie ada lagi. sebelah jeti nie ada jeti nazri kalau tak silap. berhadapan jeti ada rumah rakit hobbit sekroy. Kalau tak dapat ikan boleh pilih ja ikan apa nak kat kedai tempat parkir jeti nelayan tu

    ReplyDelete
  48. Semalam i ada pergi pancing,air laju sangat kosong balik .

    ReplyDelete
  49. Klu mancing ari kerja,jam berapa sesuai gi? Ingat nak bawa famili try.

    ReplyDelete
  50. Tempat ni masih beroperasi ke??ingat nk pegi weekend ni

    ReplyDelete
  51. Selalu ke bgn lalang sg pelik x pasan lak ada jeti ni..will try 1 day for sure insyaallah

    ReplyDelete
  52. waktu utk memancing 24 jam ke....

    ReplyDelete
  53. boleh update x berapa bayaran utk memancing dan sewa bot?

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum...ada sape2 tahu tempat mancing port byk ikan area bagan lalang dan sewaan bot sehari brpa...kalau ada whatsap 0133708704

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikom... ada lagi ke tempat ni... klau ada besok nak halle ke sana..

    ReplyDelete
  56. Sya disini sekarang... Port baik ✋πŸΌπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘πŸΌπŸ˜Ž

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih