Friday, March 2, 2012

TIP GUNA UMPAN UDANG HIDUP DI KELONG POZI

2 spisis ini suka umpan udang hidup
Aku selalu lihat pemancing2 membawa umpan udang hidup. Begitu bersemangat mereka bawa umpan. Aku jarang menggunakan umpan udang hidup kerana pertama tak sempat nak beli dan yang kedua aku nak jimat kos. Tapi yang sebenarnya aku tak mahir menggunakan umpan udang hidup.
Umpan udang hidup perlu dijaga dengan baik supaya udang boleh bertahan dan hidup lama. Semasa dalam perjalanan, udang mungkin kepanasan dan boleh menyebabkan udang mati. Selain itu, udang akan sentiasa melompat semasa dalam perjalanan. Keadaan ini boleh menyebabkan udang cepat mati sebelum sampai destinasi dan kita akan rugi. Seeloknya kita masukan sedikit ais dalam plastik lalu diikat ketat dan selepas itu rendam dalam bekas berisi umpan udang hidup tadi, Insyaallah, umpan udang hidup akan bertahan lama walaupun daalam perjalanan yang jauh kerana udang yang kesejukan akan tertidur atau kurang aktif.
Setelah sampai didestinasi memancing, kita juga perlu segera menukar air dalam bekas umpan udang kerana air dalam bekas itu telah kotor. Selain itu, air yang dibekalkan oleh penjual umpan udang hidup kebiasaannya telah lama atau telah diguna berulang kali. Apabila air diganti dengan air laut yang lebih bersih, udang akan menjadi cergas dan hidup lebih lama.
 Udang sangat sensitif dengan pam udara. Pam udara mesti di periksa bateri selalu supaya udang tidak mati jika pam udara mati kerana kehabisan bateri.Selain itu, jika ada udang yang mati perlu dikeluarkan segera kerana udang yang mati boleh mencemarkan kualiti air. Lebih elok jika air selalu ditukar atau diganti supaya udang hidup cergas dan menjadi umpan yang berkualiti.
Berbalik kepada penggunaan umpan udang hidup di kelong pozi, aku ada belajar sikit2 dengan pemancing lain ditambah dengan sedikit pemerhatian cara menggunakan umpan udang hidup di kelong pozi. Pertama sekali ialah umpan udang hidup hanya sesuai digunakan pada waktu siang. Menggunakan umpan udang hidup pada waktu malam selalunya membazirkan umpan sahaja. Ikan yang selalu makan umpan udang hidup di kelong pozi seperti GT, ebek, susu, bawal pinang dan daun baru.
Kalau guna mpan udang hidup di kelong pozi, tak perlu lontar joran jauh2 sekadar dalam jarak 10 meter ke bawah kerana ikan2 yang makan umpan udang hidup pun selalu berada sekitar tepi kelong sahaja.kalau air bergerak perlahan tak perlu guna batu ladung. Ini membuatkan umpan lambat sampai ke dasar dan peluang ikan besar melihat umpan lebih besar. Apabila umpan sampai di dasar kebiasaannya anak2 ikan kecil akan mengetu umpan sampai habis dalam masa sekejap sahaja. Penggunaan umpan udang potong juga memberi lebih peluang kerana udang potong lebih berbau berbanding udang hidup.
Lagi satu ialah aku biasanya menggunakan perambut 2 mata kail yang tidak terlalu besar kerana pertama ikan2 yang makan umpan udang hidup bermulut kecil seperti ebek dan daun baru. Yang kedua, ikan2 ini pandai mencuri umpan. Apabila menggunakan 2 mata kail, peluang untuk menaikan ikan2 lebih cerah. Aku harap tip yang tak seberapa ini membantu anda. Selamat memancing dan selamat mencuba.


2 comments:

  1. asalammualikum sedara....saya nak brtanya harga untuk memancing di kelong pozi...byk kelong yg saya search semua tak cerita pasal kos perbelanjaan untuk memancing dikelong...tolong jawap ye....terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Bang,

    Perabut 2 mata ni nak cucuk udang tang mana? Biasa saya pakai 1 mata cucuk kt ekor udang saje.

    Ini ke perabut 2 mata?
    http://4.bp.blogspot.com/_nXE5MxI2sKE/SqXoArA2t2I/AAAAAAAABSY/iNkJxdPR5Jg/s400/perambut+udang+galah.jpg

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih