Sunday, September 9, 2012

RINDU KELONG NAZRI BAGAN LALANG

walaupun kecil tetapi ada tompok juga
Hampir setahun aku  tak menjejak kaki kelong Nazri . Aku pun agak sibuk selain cuba mencari lubang2 baru di kelong Pozi. tetiba aku seperti rindu hendak memasang koyan ikan siakap di Kelong Nazri yang bagak2. Selain itu, aku juga telah berjumpa dengan Si Man botman Nazri. Dia juga telah beberapa kali mengajak aku ke kelong memburu siakap.
Pada hari aku masuk kelong, turut serta ialah salah seorang pemburu siakap tegar di kelong Nazri. Dia hanya membawa sebatang joran dan selebihnya ialah koyan semata2. Awal2 lagi dia telah mengatakan hendak layan koyan sahaja, maka aku pun membatalkan sahaja niat memasang koyan. lagi pun aku memang nak memancing. Kalau dia dapat siakap, aku pun boleh turut bergembira kerana dapat bergambar free dengan hasil orang lain.
saiz standard senangin buih
Selain tu, aku juga mahu mencuba lubang jenahak yang turut diperkatakan oleh pemancing lain. Setelah berpuluh kali aku ke kelong Nazri, belum pernah aku lihat pemancing menaikan jenahak lebih dari sekilo melainkan jenahak junior saiz setengah kg tu ada la. Aku pun pernah menaikan jenahak bersaiz begitu di kelong Nazri tetapi jarang2 sekali.Di kelong Nazri ni aku respect satu sahaja iaitu SIAKAP. memang tak dapat dinafikan saiz siakap di sini besar2 dan agak banyak,
salah satu penghuni utama kelong Nazri
Target utama aku di kelong Nazri ialah senangin buih. memang selalu ada senangin buih di kelong Nazri . Diet utama senangin buih ialah udang hidup atau bilis. Udang kopek pun jalan juga dan kekadang semasa apolo tamban pun boleh dapat senagin buih. kita perlu melontarkan umpan mengikut arah arus bergerak dan menggunakan ladung yang kecil sahaja supaya umpan berayun2 di aras tengah air. memang mudah memancing ikan2 kecil di kelong Nazri dan selalunya aku tak pernah pulang hampa. nasib aku agak baik kerana aku turut menaikan seekor jenahak junior yang mungkin berjaya meloloskan diri dari lapisan jaring yang banyak.


rezeki bergambar ngan ikan orang
Mungkin rezeki aku memasang koyan siakap tidak ada tetapi rezeki aku bergambar dengan siakap tetap ada. Malam tu, pengoyan tegar kelong Nazri telah berjaya menaikan seekor siakap berskala 7 kg. Apa lagi, aku ambil kesempatan bergambar dengan siakap tersebut. Nak buat camna, rezeki bergambar sahaja, rezeki juga. hehehehe....
Aku memang suka memancing di kelong ini, tetapi kali ini aku terasa nak komen juga mengenai sampah yang berlonggok2 di atas kelong. Kehadiran sampah yang banyak ini bukan sahaja mengundang bau yang busuk tetapi turut menyakitkan mata. Aku harap pihak pengurusan kelong lebih prihatain kerana pemancing juga layak menerima perkhidmatan setimpal dengan bayaran. Selain itu, sikap begini boleh membuka atau menutup pintu rezeki pihak pengurusan.


1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih