Thursday, October 11, 2012

JIMAH POWER PLANT

view dari jauh
Jimah Power Plant boleh di katakan antara lubuk terdekat dengan darat. terletak di betul2 muara sungai sepang. Jeti Jimah yang menganjur jauh ke dalam laut dan dalam menjadikan Jimah sebuah lubuk ikan2 bermain. Tiang2 jeti Jimah dan batu-batan yang terjatuh dalam laut seperti menyediakan banglo untuk spisis kerapu dan jenahak. Selain itu, apabila malam, kawasan jeti Jimah yang terang benderang pula memanggil anak2 ikan seperti terbeliak mata berkumpul dalam ratusan ribu . Kehadiran terbeliak mata yang banyak seperti mengundang ikan2 pelagik seperti GT, talang , senangin dan alu2 datang untuk berjamu selera dalam majlis yang besar.
dari atas tebing
Aku ada beberapa kali mencuba memancing di sini dan hasilnya memang memberangsangkan. Kalau tekong sebelah kuala Lukut lebih suka memburu ikan seperti kerapu, jenahak dan Gt. Manakala tekong sebelah sepang seperti sungai Pelek lebih suka memburu gubal atau senangin dan GT. Walaupun dalam lubuk yang sama tetapi teknik dan umpan yang digunakan oleh tekong2 tersebut berbeza. Aku sebagai pemancing mengikut sahaja asalkan dapat ikan.
Kalau sebelum ini, teknik gewang dan jig turut digunakan untuk memburu GT dan talang pada waktu malam, tetapi agak sukar pada waktu kini mungkin kerana banyak yang rabut membuatkan ikan naik cuak. Walaubagaimanapun, sekali sekala masih juga menjadi, terutama apabila banyak ikan yang masuk.
Kalau memancing di sini, kebanyakan pemancing menggunakan umpan udang hidup atau  terbeliak mata yang mudah diapolo pada waktu malam. Celup saja apolo anda kan dapat 2 atau 3 ekor umpan. Tak perlu nak hayun2 jauh2 sekadar celup apolo dalam air di tepi bot saja. Walaubagaimanapun, ada pemancing yang menggunakan cumit yang ditangguk di kawasan Jimah sahaja. Mana2 umpan pun boleh guna asalkan ikan bedal.
Pelbagai cara teknik yang digunakan mengikut jenis ikan yang diburu. Kalau mahu buru GT, Talang atau senangin, teknik drift atau hanyut umpan lebih praktikal. Kalau mahu kerapu atau jenahak, teknik bottom yang paling ideal. tetapi perlu awas kerana ikan2 yang terkena mata pancing akan cuba merempit di celah2 tiang. Penggunaan kekili yang ringan adalah tidak sesuai melainkan anda sekadar nak merasa tarikan saja.
9 kg casting dari atas tebing
Bagi teknik casting masih boleh digunakan lagi. Kalau nak casting pada waktu siang, anda boleh cuba lambung gewang di tepi2 batuan yang tenggelam di tebing Jimah terutama pada waktu air mula pasang dan batuan mula tenggelam dalam air. telah ada banyak rekod yang di catat di tepi tebing tersebut dan kadang2 rekod tu agak melampau. selain itu kita boleh casting pada waktu malam. Kalau nak casting pada waktu malam kena pilih hari yang sesuai dan waktu yang sesuai. Pada waktu malam, kita tidak casting tepi batuan lagi tetapi di tepi2 tiang di bawah lampu yang terang.Dalam sebulan hanya Ada 2 hari sahaja yangs sesuai kalau nak casting pada waktu malam iaitu dalam waktu sehari atau 2 hari selepas air mati. Dalam 2 hari tu hanya 2 jam sahaja ikan suka menyambar gewang iaitu dalam pukul 3 pagi ke atas. Waktu tu, anda akan dapat lihat ikan mengambur2 seperti pesta makan menyambar terbeliak mata. Gewang yang nak digunakan juga perlu betul kerana kita casting pada waktu malam. Kita perlu memilih gewang yang berkilat tanpa memilih warna. Kalau saya syor anda gunakan yozuri yang berkilat. Lagi over kilat lagi bagus.
kalau anda berminat, anda boleh menyewa bot bawa sendiri atau menggunakan khidmat tekong di sungai sepang kerana dekat. Kalau air dan cuaca cantik, dalam 10 minit anda daah berada dalam lubuk Jimah. terdapat beberapa pengusaha yang menjalankan khidmat sewa bot seperti Jeti Wak Sempo, Jeti Pak Din dan Jeti Cikgu.

14 comments:

  1. uyyo... camana nak g tebing ni bang? kene naik bot gak ke?

    ReplyDelete
  2. dulu boleh curi2 masuk tapi skunk dah kena pagar.. so kena naik bot la.. boleh sewa kat jeti wak sempuh rm 150 bawa sendiri

    ReplyDelete
  3. Sebelah malam rupanya diorang makan. Patut lah kumpau je belah siang..

    ReplyDelete
  4. Mlm ni aku lepak jimah sorang...putus je...perambut 80lbs...Bot sebelah dapat 2 ekor talang ngn alu2....ini boleh bikin marah...Jimah ni mmg nk kna tali kasar...tip ckgu terbaik...Tapi aku lum dapat ikan huhuhu

    ReplyDelete
  5. Mlm ni aku lepak jimah sorang...putus je...perambut 80lbs...Bot sebelah dapat 2 ekor talang ngn alu2....ini boleh bikin marah...Jimah ni mmg nk kna tali kasar...tip ckgu terbaik...Tapi aku lum dapat ikan huhuhu

    ReplyDelete
  6. Salam.. Ada no fon tekong sana tk?

    ReplyDelete
  7. Salam.. Ada no fon tekong sana tk?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih