Friday, December 21, 2012

KUNG POW BANGAU DI PULAU ANGSA

Kalau dulu memancing di kawasan Pulau Angsa memang menyeronokan. Pada Nov 2012, aku mengikuti trip kawan. Sebagai penumpang aku ikut sahaja ke mana lubuk yang dia orang hendak pergi. Kami sewa bot  Tonny di jeti Jeram.
Segala persiapan termasuk umpan udang lipan hidup dan sotong kurita hidup disediakan. Pada mulanya kami memilih memancing di kawasan tukun yang terkenal di persekitaran Pulau Angsa. Telah banyak bot lain yang turut parking di sana. Setelah sejam kami mencuba dilubuk tersebut, hanya beberapa ekor duri sahaja yang menyambar umpan kami.
Ketua trip mengambil keputusan berubah tempat tetapi masih dikawasan tersebut. malang sekali apabila sauh bot kami agak pendek dan bot hanyut sahaja. semua ahli trip pun naik cuak dengan keadaan tersebut. Nak buat macam mana lagi, kami terpaksa beralih ke lubuk lain. Kami beralih ke lubuk gelama gigi dan bebolos.
Kat lubuk ni lebih cetek dan sauh boleh lekat dengan elok. Di sini, kami memancing gelama gigi tetapi yang naik hanya gelama pisang bersaiz ibu jari sahaja. Tak ada seekor pun gelama gigi di sini. Aku cuba bersangka baik, mungkin gelama belum masuk kot.
Tengah syok melayan anak2 gelama tetiba tekong minta kami naikan sauh. Katanya nak bawa kami ke satu lubuk baik lagi tetapi ke arah tepi. Tadi aku masih bersangka baik, tetapi sekarang aku bersangka buruk pula la apabila bot beralih ke arah tepi pantai. Di lubuk baru ni, bukan sahaja tak ada seekor ikan pun bahkan tiada ragutan anak2 ikan langsung.
Lagi sekali ahli minta ubah tempat tetapi kali ini makin tepi. kami melabuh sauh bot di tepi Pulau Besar. Layan la kami dengan anak2 gelama bersaiz ibu jari. Sesekali dua ada la semilang saiz sedap makan menyentap joran.
Apabila sampai di jeti, masing2 ahli trip memang tak puas hati langsung. oleh kerana pulang dengan tangan kosong, maka ahli2  kung pow bangau terpaksa la beli sekor dua merah sepang buat buah tangan anak bini. Aku tak beli apa2 pun memandangkan harga kat jeti pun dah cekik darah.
Sambil minum2 sebelum pulang, kami buat la sikit postmortem. Trip kami memang kung pow dan bot serta botman pula bermasalah. Bagi aku, bukan bot dan botman sahaja bermasalah tetapi perairan Pulau Angsa sendiri sudah bermasalah. Banyak lubuk dah lunyai dikerjakan bot pukat tunda.
Kalau keadaan ini dibiarkan sahaja, aku pasti suatu hari nanti ikan gelama pun tak ada di perairan tersebut.

4 comments:

  1. Ta kena masa dan tempat kot. Cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. TEKONG TONY TU MMG MEMBANGAU JE KEJENYE...AKU PENAH IKUT DUA KALI...MMMM SEDIH....

    ReplyDelete
  3. pesal x guna khidmat tekong kam beng??

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih