Wednesday, January 2, 2013

LAYAN APOLO SELAR DAN CENCARU DI BOYA ENAM PORT DICKSON

talang dan alu2 
Area lukut dibawa sehingga ke Port dickson memang dah terkenal dengan struktur binaan dalam laut seperti Jeti Shell, Jeti Jinmah Power Plant, rumah api, kelong2 dan juga boya. Di sini terdapat rumah api putih, rumah api hijau adn rumah api Menara Tabung Haji. Manakala terdapat juga boya merah, boya hijau dan boya enam.
Salah satu boya yang terkenal di sini ialah boya enam. Nama boya ini sedemikian kerana terdapat 6 buah boya yang besar untuk menambat kapal2 yang berlabuh. Dasar boya yang menyediakan struktur yang baik untuk anak2 ikan bermastautin di sini, Aku yang selalu ke Kuala Lukut tak akan melepaskan peluang ini untuk melayan apolo di boya enam. 
Kalau kena air cantik, sekejap sahaja peti ikan akan penuh dengan ikan selar, cencaru dan tamban. Kalau rasa gayat duduk atas bot, anda boleh saja naik duduk atas boya tersebut. Mata apolo tak kisah warna apa bersaiz 10 hingga 12 paling sesuai melayan apolo di sini. Manakala batu ladung bersaiz 8 ke atas yang paling sesuai di pasang pada perambut apolo.
Sementara melayan apolo, anda juga boleh memasang joran hanyut atau bottom. terdapat juga ikan2 besar seperti talang, tenggiri, jenahak dan alu2 yang mengendap umpan mudah. Jika anda bernasib baik, bukan sahaja ikan apolo yang di bawa balik tetapi dapat merasa tarikan ikan yang sebenar.
Kalau anda berminat, boleh menyewa bot dari jeti koperasi atau jeti mamud. Memang terdapat bot yang disewa untuk memancing kawasan jeti, rumah api dan boya di sini. 

6 comments:

  1. As Salam time bila sesuai mancing kat sini dan sewa bot berapa henggit/ orang

    minat jugak main apollo ni..

    ReplyDelete
  2. call toke kelong pozi... seeloknya musim tak berombak. dia ada bot boleh muat 5 orang

    ReplyDelete
  3. Permisi ya kak Admin ^^

    ituBola - ituBolaonline - Bandar Bola - Agen Bola

    Ayo Pasang Taruhanmu Sekarang di ItuBolaAgen Judi Bola & Casino Online Terpercaya dan Terbaik di Indonesia.
    Minimal Deposit Rp. 25.000,- Dan untuk minimal Withdraw Rp. 50.000,-
    Proses Deposit & Withdraw Yang Tercepat.

    => Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin)
    => Customer Service 24 Jam Nonsto
    => Support Deposit Via Aplikasi OVO,PULSA,GOPAY

    Kontak Kami
    LINE : itubola757
    WHATSAPP :+85517696120
    TELEGRAM : Itu Bola / +85517696120

    Link Alternatif
    ituBola Online

    Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih