Tuesday, January 15, 2013

REKOD PERIBADI IKAN SUSU DI KELONG POZI



Kelong Pozi Kuala Lukut
Petang jumaat 11 januari 2013, aku naik bersama Rizal yang sudi membantu aku menguruskan pakej En Shahar dan gang Public Bank yang akan masuk pagi sabtu 12 januari.Oleh kerana pakej akan masuk awal, maka aku perlu naik kelong lebih awal untuk membuat persediaan  Pada malam tu aku tidak memancing kerana mebuat persediaan untuk esok. Hanya Rizal yang melabuhkan beberapa batang jorannya. Semasa air sedang surut perlahan, salah satu joran beliau terangkat dan tali utama berdesing meluncur keluar . Aku yang berdekatan terus menyambar joran yang terikat pada pagar kelong. Aku menyerahkan joran pada Rizal tetapi tali utama masih keluar walaupun sistem regangan telah di ketatkan. Tak sampai 3 minit, tali sulam 50 lb sepanjang 200 meter telah habis dan tali perambut 60 lb turut putus. 
nasib baik anak aku pegang joran tu..
Pada keesokan paginya, sementara menunggu En Shahar dan gang2nya tiba, aku melabuhkan dahulu 3 batang joran berumpankan umpan tamban dan bilis . Rizal turut melabuhkan joran berumpankan udang dan tamban. Tetiba salah satu joran beliau berdesing lagi dan seekor ikan susu yang agak kasar melambung menampakkan diri. Apabila ikan sudah hampir tepi kelong, tetiba perambut 60 lb beliau putus dikikis gigi susu yang kasar seperti senangin.  Nasib beliau agak baik kerana seekor lagi susu bersaiz hampir sekilo berjaya dinaikan. 
Oleh kerana joran aku tiada ragutan, aku beralih ke belakang kelong untuk apolo tamban yang banyak. Sedang aku melayan apolo, tetiba salah satu joran aku yang berumpan bilis berdesing kuat. Tali utama meluncur keluar dengan laju. Seekor ikan susu yang agak besar melambung tinggi menampakkan diri. Memang best melayan ikan susu yang bersaiz kasar kerana daya pecutan dan junaman spisis ini mengalahkan  senangin. Setelah ikan dinaikan lalu ditimbang. Ikan susu seberat 2.5 kg merupakan rekod peribadi aku  ikan susu di kelong Pozi.
2 ekor susu
Selepas ikan susu dinaikan, aku seperti biasa akan ke belakang kelong lagi mencari tamban. Aku lihat salah satu joran yang  parking kat belakang sudah terjungkit dan tali utama berdesing keluar. setelah disentak, aku sudah dapat mengagak seekor senangin yang meragut umpan berdasarkan cara larian ikan tersebut. Tekaan aku tepat apabila seekor senangin bersaiz hampir 3 kg berjaya dinaikan.
Apabila hampir pukul 11 pagi, dari jauh kelihatan bot Pozi membawa pemancing2 yang akan mengikuti pakej memancing aku. Aku berasa puas hati kerana sudah berjaya menaikan ikan walaupun pakej belum bermula. 


senangin 2.5 kg

1 comment:

  1. ni bkan ikan lady fish ke bang or "bandang"...ikan susu gemuk sikit kan...

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih