Thursday, January 3, 2013

TERJEBAK KEMBALI KE KOLAM AIR TAWAR



Sempena cuti akhir tahun sekolah, cuti yang panjang memberi aku sedikit ruang bergaul dengan kawan2 baru. Aku rancang hendak memancing sambil mencari bahan cerita untuk wartawan Amang dari majalah umpan. Tetapi pada saat2 akhir ada pertukaran jadual kerana Amang mendapat jemputan dari kawan2nya hendak menduga memancing patin mekong di beberapa buah kolam sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar. 
Aku terpaksa akur dengan perubahan jadual ini kerana maklumlah.. kerja wartawan mana ada jadual yang rutin. Aku berkenalan dengan Hairi dan Mat rock. Mengikut cerita Amang.. dia orang ni memang otai kolam. Dari cara mereka bercerita juga aku mengakui dia orang memang otai kolam. 
Pada hari pertama, aku dan amang akan ke kolam Papan selepas pekan Pusing. Ini kali pertama aku menjejak kaki ke daerah ini. Sesampai di kolam, Mat Rock dan Hairi dah sedia dengan umpan. Aku yang hanya membawa set laut terpaksa pinjam joran dan reel amang saja.
Umpan pun aku belasah milik dia orang saja... tapi malang sekali menurut pemancing2 di sana mekong hanya aktif makan pada waktu malam. Jadi kami yang memancing siang ni hanya jadi bangau saja la... nasib aku masih baik kerana berjaya menaikan seekor mekong... keli mekong .. hahahaha.
Petang tu juga kami bertolak ke Kuala Kangsar. Kami sampai Kuala Kangsar pun hari dah malam. Hairi membawa kami ke sebuah kolam di Kati.. Kolam Memancing Kati (KMK). menurut hairi beliau and the gang akan mengamnbil alih kolam tersebut pada awal januari 2013. Kolam tersebut memang cantik dengan suasana kampung. Dalam kolam tersebut memang ada Mekong tapi tak mahu buka mulut.
Aku, amang dan mat rock mencuba memujuk mekong kolam KMK tetapi hampa juga. Samada ikan tak nak buka mulut atau ikan tak minat umpan kami pun tak tahu.. atau kedua2nya.
Malam tu kami tidur di rumah sewa Hairi di Kuala kangsar. Keesokan pagi kami bertolak ke Salak north.. di sana kami menjenguk kolam yang luas tetapi bukan kolam memancing kormersial. Menurut Hairi, beliau mendapat pelawaan pemilik pusat rekreasi tersebut supaya mengkormersialkan kolam tersebut. Siang tu kami hanya merayau2 sekitar pekan Kuala Kangsar dan malamnya pula kami tidur di tapak rekreasi Salak North. Amang nak cuba tryb test memancing tongsan sisik kasar yang ada dalam kolam rekreasi tersebut. 
Berumpankan roti dan dedak, kami menduga kolam tersebut tetapi hampa lagi. Aku yang menggunakan umpan roti hanya menaikan seekor anak lampam jawa. 
Oleh kerana tiada bahan nak dijadikan cerita, aku dan amang bertolak ke Penang untuk mencari bahan cerita dalam majalah.




1 comment:

  1. saya menjual ikan keli limbat..sape2 berminat nk beli blh telefon saya 0145150398 apih

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih