Monday, January 7, 2013

TIANG 40 JAMBATAN PULAU PINANG

Di Kuala Kangsar
Aku dan Amang sampai di Penang hari dah tengahari. Sebelum turun ke tapak jambatan, aku dan amang sempat shoping peralatan memancing di Taman Siakap Seberang Jaya. Sesampai di jeti kami sempat makan tengahari sementara menunggu adik aku (alang) yang akan guide kami di tapak jambatan nanti.
Sebelum memilih tiang, perkara pertama ialah kena tanya botman dulu. Zamri yang lebih sporting takan kedekut maklumat kerana beliau memang tahu tiang mana yang ada ikan kerana itu kerja beliau ambil  dan hantar pemancing ke tapak jambatan. Menurut Zamri hanya tiang area 40 sahaja yang aktif ikan makan. Nasib kami baik kerana tiang 40 masih kosong.
Macam biasa perkara pertama yang perlu di lakukan apabila duk mancing kat jambatan ialah buka kolam dan isi air. Apa2 pun apolo dulu kerana kami datang pun tak sekor umpan pun. Isi umpan bilis dan kasai(bersia) dalam kolam dulu baru boleh mancing.
ramai lagi yang memancing di bawah jambatan
Menurut alang, ikan aktif makan bawah tapak jambatan. Teknik gantung sangat popular. Ada pemancing hanya menggantung umpan beberapa kaki sahaja dari aras air. Menurutnya lagi, ikan yang bersaiz kasar sahaja yang ragut umpan di situ.
Apa yang di katakan alang tu memang betul. Selama 2 malam kami di tiang 40, 5 kali kami ragutan yang kasar tetapi semuanya rabut. Ada sekali tu, ikan sambar umpan semasa joran masih di tangan aku tetapi sayang rabut di bawah tapak yang penuh teritip. Hanya seekor jenahak dan kerapu junior yang dapat ditarik naik. 
cerita tentang jiran kami yang duduk tiang 38 pula berjaya menaikan seekor gerepoh berskala 5 kg dan jiran ditiang 42 pula menaikan seekor alu2 berskala saiz 3 kg. Aku nasihatkan pemancing2 yang nak cuba tiang jambatan area 40 menggunakan peralatan memancing yang bersaiz kasar. Kalau guna alatan ringan cam kami alamatnya berputih mata sahaja.

jiran aku dengan alu2nya



6 comments:

  1. Tiang 40 bukan ada hantu air ke ?? hahahhaha

    ReplyDelete
  2. nanti boleh suh dia tangkap ikan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Teknik gntung 2kna pkai btu ladung hidup ke bro?n kna gntung rape kaki dari dasar?tiang 40 bnyk alu2bro.mlm2 blw nmpk ikan 2 main atas air dkt tiang tpi sush nk dpt

    ReplyDelete
  4. saya try gantung bawah dan atas... dua2 pun boleh. alu2 makan umpan semasa air penuh. guna steel masa air penuh

    ReplyDelete
  5. Bro I pergi keep tiang 40 xde pepun buang mase je

    ReplyDelete
  6. Ajaq sat cmna umpn gantung tu..hihi

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih