Wednesday, February 20, 2013

APOLO YANG SESUAI DI KELONG POZI

cermin juga boleh di apolo
Dalam2 cerita aku yang lepas, aku dah tulis tentang jenis, warna dan saiz apolo yang sesuai di kelong Pozi. Bukan sahaja di kelong Pozi tetapi juga kebanyakan kelong seperti kelong Mamud, Kelong raja , kelong mamud  dan kelong2 yang lain. 
Kali ini aku nak cerita sekali lagi tentang apolo kerana aku melihat ramai pemancing masih membawa dan menggunakan apolo yang salah di kelong pozi. Penggunaan apolo yang salah dan tidak berkesan akan membuatkan pemancing tidak dapat mencari umpan hidup yang segar.Aku sebagai pemancing terasa bersalah jika tidak dapat berkongsi kegembiraan memancing jika melihat pemancing lain tidak mendapat hasil yang diharapkan.
 Apabila sebut kelong tentu terletak tidak jauh dari pantai. Air di kawasan yang berhampiran pantai agak keruh. Warna putih dan mata hijau adalah yang paling sesuai. Manakala saiz apolo pula ditentukan dengan  saiz ikan yang hendak di apolo. Kalau di kelong pozi, tamban dan selar agak kecil dan comel. Penggunaan apolo saiz 4, 5 dan 6 sudah paling ideal. Kalau di kelong nazri bagan lalang pula, tamban dan selarnya lebih besar maka apolo saiz 7,8,9 dan 10 lebih sesuai. Gambar di bawah mungkin boleh memberi gambaran yang lebih benar tentang apolo yang aku syorkan. sekian dan selamat mencuba.

warna putih hijau lebih sesuai di kelong pozi berbanding putih merah

8 comments:

  1. Saya akan naik Kelong Pozi pada 4-5Mac Nanti..mungkin 5-6org kawan akan ikut..Mungkin Tuan JP pernah PM ngan kawan saya..En.Kamal sebelum ni yg ingin dptkan maklumat lanjut pasal Kelong Pozi ni..

    Sedang belajar buat mata apolo saiz nbr 6..kalau saya pakai tali rafia warna kuning sebagai tarikan mata apolo tersebut...adakah sesuai Tuan JP?

    ReplyDelete
  2. tak perlu buat. Beli apolo putih tu saja. Kat kelong jarang ikan apolo besar kecuali tamban dan selar. guna ikan tu sebagai umpan... jangan lupa bawa kolam tempat simpan ikan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar menambah ilmu aje Tuan JP...Yang beli punya pun pakai..mana tau ada jenis jenis ikan yg nak makan pulak?...sekadar mencuba..Terima kasih..

      Delete
  3. wak tambeng?? lama x nmpk.. tuan x perlu buat mata apollo. beli apollo kertas warna putih saiz 4/5/6.. in sha Allah boleh dpt byk tamban & selar.. sebab apollo warna warni ni kurang jalan skit di kelong Pozi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Wak ni..wak berhibernisasi sementara...Lusa dah nak pergi Kelong Pozi..
      Wak memang pakai yg Azfar maksudkan tu..sekadar mencuba...tak mencuba buat & tak test kat lapangan nanti..rugi pulak rasanya...

      Delete
  4. bgus la wak.. wak testing dulu.. nnt leh kongsikn sama2 hasilnyer..

    ReplyDelete
  5. hasilnya aritu kurang..tamban tak sampai kat kelong walaupun guna apolo kedai...waktu malam layan ikan beliak mata aje kat tangga...
    hasil..ikan kecil kecil aje...jadilah..nanti akan repeat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ika seliding pun boleh guna tetapi lebih praktikal memancing bawah kelong.. tetanda suka seliding ni tapi bawah kelong semasa air surut setengah

      Delete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih