Monday, March 25, 2013

PENEROKAAN KALI KE 3 DI KELONG MAMUD LUKUT

kelong tengah Mamud
Ini trip kali ke - 3 aku ke kelong Mamud. Dalam trip yang ke 2 lepas, aku dapat menaikan 2 ekor senangin. Dalam trip yang ke -3 ini, aku bercadang hendak menduga kawasan karang yang ada di pinggir kelong Mamud. selain itu, aku juga mahu menambah sedikit sebanyak pengetahuan di Kelong Mamud melalui pemancing2 lain. Untuk tripiini, aku juga mengajak Rizal yang selalu memancing di Kelong Pozi. 
Kali ini aku memilih memancing pada waktu air mula menyorong besar dan arus masih perlahan. kalau diperhatikan, semasa air masih mula menyorong, air laut memang jernih sehinggaakan kita dapat melihat anak2 ikan yang berenang dalam air. Kekadang, kita juga dapat tengok bapak2 baracuda yang meronda sekeliling kelong seperti samseng jalanan. Walaupun arus perlahan, aku masih senang mendapatkan umpan tamban hidup. Kesimpulannya, memang mudah untuk mendapatkan umpan tamban hidup di Kelong Mamud. Apa yang penting, kita perlu bawa apolo yang sesuai bersama kolam takungan umpan supaya umpan hidup lama dan aktif.
bro Rizal bersama todaknya
Kali ini aku mencuba lubuk kawasan karang di mana mata kail selalu sangkut. Selain itu, aku juga masih mencuba teknik fly selain menggunakan teknik bottom. Percubaan bottom aku di kawasan karang berjaya menaikan seekor kerapu bersaiz 1.5 kg semasa air menyorong pasang. Percubaan aku yang lain gagal kerana perambut sangkut pada karang. Sesekali ada juga sentapan di kawasan karang tetapi semuanya sangkut. 
Manakala Rizal yang banyak menggunakan teknik Fly hanya dapat menaikan seekor todak bersaiz 2 kg. Selain itu, beliau juga menaikan beberapa ekor todak bersaiz lengan. Mungkin faktor air yang jernih, membuatkan todak nampak umpan yang berenang dalam laut. Ada sekali, salah satu joran Rizal yang menggunakn teknik fly di tepi tukun mendapat sentapan yang agak kasar. Walaubagaimanapun, perlawanan yang baru bermula berpihak kepada ikan apabila berjaya melarikan diri dalam tukun.
aku dan kerapu apa tah?





salah satu group yang baru naik lewat petang(yang aku kenali 2 minggu sebelum) juga menggunakan teknik fly telah berjaya menaikan seekor baracuda bersaiz 2.5 kg. Ada juga pemancing2 lain yang dapat menaikan beberapa ekor talang menggunakan teknik apolo sahaja. Oleh kerana tiada ragutan sang ikan pada waktu malam, aku dan Rizal banyak menghabiskan masa layan apolo ikan terbeliak mata.
Untuk trip ini aku peroleh la sedikit pasal lubuk2 yang ada di kelong Mamud berdasarkan pencarian sendiri dan juga perkongsian maklumat dari pemancing lain. Apa2 pun aku akan datang ke sini lagi untuk menambah lagi koleksi lubuk2 di kelong Mamud.







Gambar2  Lain

todak 2 kg


model ni hensem la sikit

baracuda oh baracuda

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam bro lama tak beraksi bersama di atas kelong.. bila lagi nak naik kelong mamood.. baru2 ni 16/march/2014 pukul 3 pagi bro dari merlimau naikan siakap 4.2 kg kat port sebelah tangga naik kelong mamood.. rezeki dia sebab gewang saya sebelah je dgn gewang dia.. biasalah siakap kelong mamood mmg demand skit makan ikut mood.. ada masa kita jumpa lagi di atas kelong ye bro.. salam dari kami group memancing dari melaka.

    ReplyDelete
  3. JUTAWAN SEGERA POK NIK KELATE https://bit.ly/3rmk2vz

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih