Friday, March 8, 2013

TERJAH KE KELONG BRO JAS PANTAI SIRING MELAKA

Azfar dengan malongnya
Ini trip yang aku sendiri tak duga dan tak sangka. Sedang duk layan FB tetiba terlihat ada kelong Bro Jas di pantai siring. Kelong ni kelong baru. Tengok pic yang dihantar oleh kawan2 membuatkan aku terlintas nak ke sana. Tapi masalahnya aku tak ada kawan yang nak diajak.
Fikir punya fikir, tetiba aku teringat Azfar yang menuntut di Uniten di Bukit Beruang Melaka. Tanpa membuang masa, aku terus pack barang dan muat kan dalam keta. Dalam perjalanan tu aku call Azfar. Pada mulanya beliau agak keberatan, maklumlah masih belajar. Apabila aku adjust2 pasal perbelanjaan beliau setuju. Aku sampai di Pantai siring agak lewat dan air sedang surut habis. Apalagi, kerana salah aku sendiri yang melengahkan masa, aku dan Azfar terpaksa tolak bot yang sudah tersangkut pada lumpur. Penat siot.. tapi nak buat camna, salah aku sendiri.
Dari jauh nampak banyak kelong yang berada di perairan Pantai Siring seperti kelong Abu, Kelong Anjung Batu, Kelong Hj Leman, Kelong Hj Jaafar dan Kelong Abu. Kelong Bro jas tidak jauh terletak antara kelong Hj Jaafar dan Kelong Hj Leman. Mengikut keadaan air, kelong Bro Jas seperti berada dalam kawah. Menurut bro Jas, walaupun kelong baru dibuka 2 bulan tetapi 6 ekor pari yang telah didaratkan. Memang agak menarik.
gambaran kelong Bro Jas
Kelong Bro Jas agak kecil dan mempunyai satu bilik dan satu bilik dapur. Kemudahan seperti air dan dapur turut disediakan. Selain itu, pinggan dan cawan palstik juga telah disediakan. Yang bestnya, Bro Jas turut menyediakan nescafe, susu dan gula untuk dibancuh. Aku bancuh satu jug nescafe, balik sampai rumah terus kena gout. hahaha... . Di kelong Bro Jas menggunakan lampu LED yang dikuasakan oleh bateri kereta. Memang senyap tapi tak seterang lampu guna generator tapi dah okey. Kalau mengikut keluasan, aku anggarkan maksima hanya sepuluh orang sahaja yang sesuai memancing di atas kelong ni. 
Aku cuba jenguk bawah kelong tapi tiada anak2 ikan bermain. Dah tentu, kalau aku apolo tiada anak ikan. Kalau Bro Jas letak lampu tepi kelong boleh la aku apolo ikan terbeliak mata. Oleh kerana tiada anak ikan apolo, aku ngan Azfar memancing anak gelama untuk dijadikan umpan. anak gelama kat sini memang comel2 saiz umpan sahaja tapi banyak.
tebal pipi bersaiz 1 kg
Tak lama aku lontar umpan joran terus bergegar tapi tak henjut terus. Mulanya aku ingatkan sesirat tetapi rupanya malung. Malam tu kami naikan 4 ekor malung. Manakala, joran  berumpan udang pula kami naikan gelama, duri dan anak mayong. Group lain yang datang dari melaka pula berjaya menaikan seekor tebal pipi bersaiz 1 kg. Harapan aku hendak menduga pari tak menjadi. Lain kali kalau datang sini, aku pasti bawa umpan sotong kurita. 
Walaupun aku pertama kali datang sini, aku telah mendapat hook. Bagi sesiapa yang nak memancing disini, jangan lupa bawa umpan ruat atau jerangkau kata orang Melaka. air di sini agak keruh dan umpan yang berbau memang agak sesuai. 


tebal pipi, malong, mayung, duri dan gelama

kelong Abu

kelong Hj Leman

kelong Hj Jaafar



9 comments:

  1. Naik 2hb/3 lepas....pau 1 kelong naik 9 org...dpt la tebal pipi sekilo lebih...yg lain2 duri....

    ReplyDelete
  2. kelong kelong ni semua kat belah mana ye...merlimau ke...pengkalan balak ke..

    ReplyDelete
  3. Arah ke jeti anjung batu....ada signboard jeti pntai siring...

    ReplyDelete
  4. kelong ni area merlimau.. pantai siring

    ReplyDelete
  5. Pantai Siring ni dalam Pulai di antara Serkam dan Anjung Batu. Wa mahu pi Kelong Abu hujung minggu ni. Bawa umpan cabuk, ikan kebong baru, udang hidup dan uuat-uuat atau pon-pon sarung. Ada kosong tak?. Nak book satu kelong untuk empat orang. Agak2 berapa harga?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum otai2 semua...nk tny dlm byk2 kelong disana...kelong mn yg best?otai2 ada tk no pon onner kelong tu? Nak no pon onner kelong blh?terima kasih.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih