Wednesday, April 24, 2013

SENYAP ADALAH KUNCI UTAMA DI KELONG POZI

Kali aku nak bagi sikit tip yang mungkin agak berguna kepada pemancing2 yang memancing di Kelong Pozi. Perairan sekitar kelong Pozi sememangnya cetek. Semasa iar surut habis, kedalaman tepi kelong dalam anggaran 7 hingga 8 kaki sahaja. Walaupun cetek, sekeliling kelong Pozi terdapat karang bunga dan juga rumpai air. Maka tidak hairanlah pelbagai spisis ikan yang masuk di kelong Pozi berbanding kelong2 lain di lukut. 
Tapi sayang, ramai pemancing yang pulang dengan hampa kerana tiada tangkapan yang membanggakan. Salah satu sebab ialah faktor bising. Aku sendiri pernah tak dapat tangkapan apabila terlalu ramai pemancing di atas kelong. Begitu juga, apabila kita apolo umpan tamban juga sangat susah apabila semasa orang ramai.  
Selain faktor bising, memakai baju bewarna terang juga menyebabkan ikan2 tak berani menghampiri kelong. Kebiasaannya , aku akan duduk di tengah kelong selepas melontar  joran. jangan sesekali duduk di tepi pagar kelong kerana ikan seperti ebek, daun baru, susu, dan bawal pinang makan umpan hampir dengan kelong.
Kebiasaannya aku orang terakhir balik dari kelong selepas pemancing lain semua pulang. Biasanya selepas pemancing lain pulang, joran aku akan strike tak lama selepas  pemancing lain pulang. Sebab ini aku katakan faktor kebisingan di atas kelong mempengaruhi hasil tangkapan kita. Ada alasan yang logik memandangkan kawasan kelong pozi agak cetek dan ikan mudah lihat pemancing dan mendengar keriuhan atas kelong.

1 comment:

  1. Ooo.. terima kasih untuk tips berguna! sy & suami pun kaki pancing, tp sy baru2 je blajar (^^)

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih