Tuesday, May 14, 2013

CARA MELAYAN BANDANG (LADYSFISH) DI KELONG POZI

 milkyfish
Ni lagi satu cerita menarik pasal ikan bandang atau susu (panggilan tempatan) di kelong Pozi Kuala Lukut. Ikan bandang ni  masuk ke kelong bermusim. setahu saya, ikan bandang mula masuk kelong Pozi pada awal tahun 2012. sebelum ini tiada kelibat ikan bandang di kawasan kelong atau pun ikan bandang tak makan umpan di kawasan kelong. Pada akhir bulan Jun, ikan ni hilang  dan mula makan umpan semula pada awal januari tahun ni tahun 2013.

bandang ladysfish
Ramai pemancing berminat nak menduga tarikan ikan bandang yang dikatakan agak agresif berbanding saiznya. Memang ramai pemancing yang dah kena ikan bandang tetapi ramai yang rabut. Ada juga pemancing rabut sampai dua tiga puluh kali dalam sehari dan tak dapat seekor pun. Pengalaman aku sendiri pernah rabut lebih 30 kali dalam sehari. Pada mulanya aku sendiri tak tahu bagaimana ikan ni agak bijak melepaskan diri semasa melakukan lompatan.
Akhirnya aku dapat juga kunci kenapa ikan ni mudah rabut semasa perlawanan tarik menarik. Biasanya mata kail akan hook di bibir ikan bandang dan jarang ikan bandang menelan mata pancing. Lagi pula, dalam mulut ikan bandang seakan ada tulang yg keras di bahagian atas dalam mulut.Kawasan bibir ikan bandang terdapat satu tulang yang terpisah dengan bahagian kepala. Antara 2 bahagian yang terpisah tu disambung dengan satu selaput yang agak nipis dan lembut. Kebiasaannya, mata kail akan hook di kawasan selaput yang lembut tersebut. Selaput tersebut mudah koyak apabila disentap.
Jadi cara yang terbaik melayan ikan bandang ialah kita perlu longgarkan sistem tegangan  dan biarkan ikan tersebut melarikan diri. Dengan cara ini, selaput yang lembut tersebut tidak akan koyak.  Selain itu, apabila kita melonggarkan sistem tegangan, kita telah mengurangkan lompatan ikan tersebut. maka peluang untuk mendaratkan spisis ikan bandang lebih cerah. Selamat mencuba. Jika ada sesiapa yang boleh bagi pendapat lain saya persilakan.

3 comments:

  1. salam tuan.. milkfish ngn ladyfish adalah ikan yg berbeza.. ikan susu ngn bandang kedua-dua nye nmpk hampir serupa tetapi amat berlainan skali.. tuan boleh rujuk wikipedia atau fishbase utk rujukan...

    http://en.wikipedia.org/wiki/Ladyfish

    http://en.wikipedia.org/wiki/Milkfish

    sekadar berkongsi :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro... milkfish dan lady adalah ikan berbeza. mulut bandang lebih luas berbanding ikan susu yang lebih kecil.
    hanya panggilan tempatan sahaja panggil susu.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. ikan bandang @ ikan baulu ??

    orang sabah panggil ikan baulu..

    pernah rabut ikan ni ..pancing kolam.. susah nak dapat strike kecuali ikan tu telan habis umpan dan jangan byk kali sentap sebab mata kail cepat terlepas...dari pemerhatian member yang berjaya naikkan ikan ni...

    tiang mata kail pula seeloknya yang lebih pendek supaya senang masuk ke dalam mulut ikan...

    cuma tak pasti apa umpan killer untuk ikan ni...mungkin Tuan boleh bincangkan disini...

    terima kasih

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih