Monday, September 16, 2013

PERCUBAAN KAYAK FISHING DI KUALA LUKUT (hari pertama)

kayak aku sedang menghampiri kelong Pozi
Aku dan Muaz bercadang nak memperkenalkan kayak fishing ke arah kormesial.  Aku sememang kaki pancing tak kisah apa cara sekali pun sebab sememangnya aku suka memancing. Manakala Muaz pula seorang penggiat rekreasi dan juga seorang peniaga alatan barang rekreasi. Selain tu, Muaz juga seorang yang mahir dalam aktiviti berkayak. Beliau bukan sahaja berkayak di Malaysia malah pernah bergiat dalam aktiviti kayak di eropah pada masa dahulu.
Nak Jadi cerita, selepas aku berkayak bersama Muaz di Taman Negara Relau, aku ajak Muaz cuba try test berkayak memancing di Kuala Lukut pula. Muaz setuju dan aku memilih hari semasa arus agak perlahan, ialah baru nak cuba tak pula aku berani langgar sahaja. Hanya kami berdua sahaja kerana kawan2 yang lain tak hingin pula. 
Kami bertolak pun hari dah lewat. Aku pergi ambil Muaz di Ouncak Jalil lalu loading kayak atas kereta aku.
Semasa sampai di Kuala Lukut, kami bersarapan dahulu sambil berborak2 dengan Jawa (Boatman Pozi). selepas berborak kami persiapkan alatan perang terlebih dahulu.Kami mula kayuhan kayak pun hari dah tengahari. kami kayuh pun santai2 saja dan cuaca pun agak elok. Tak sampai sejam kami dah sampai Kelong Pozi dah. Aku ajak Muaz layan mancing di belakang beting Kelong Pozi. Macam biasa, aku suka layan umpan hidup yang di apolo saja. Umpan tu aku simpan dalam baldi yang diikat di belakang kayak aku. Manakala muaz mula layan casting gewang. Aku dapatlah dua tiga ekor tamban dan selar. Terus aku cangkuk pada mata kail lalu lontar ke dalam air. Tapi malang sekali kerana semuanya sangkut pada karang. Naik geram juga aku kena buat perambut dalam kayak. kalau tak stail boleh terbalik kayak aku. 
kalau dah serasi dengan kayak, perasaan takut akan hilang.
Memandangkan arus tak berapa laju dan perairan belakang beting tu agak cetek, aku tukar teknik tak pakai batu ladung pula. Teknik yang baru ni agak berjaya kerana umpan aku mendapat sambaran tetapi semuanya tak sangkut. Memang ada ikan yang berkeliaran di belakang beting tu tapi tak pasti ikan apa. Habis dua tiga umpan hidup aku. Yang geramnya memang susah nak dapatkan tamban hidup pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, sepandai2 ikan berenang akhirnya tersangkutlah sekor anak tenggiri sebesar tapak tangan aku. Baru aku tahu, rupa2nya tenggiri yang duk rabut umpan aku. Selepas dapat tenggiri, aku pasang umpan lain. Kali ini aku pasang 2 joran. Aku campak saja umpan tamban hidup tu tepi kayak sahaja. Tak sampai seminit dah ada ikan yang ragut tetapi semuanya tak sangkut. Sambil mancing tu aku cuba2 apolo tamban tetiba sahaja salah satu joran aku berdesing dengan hujung joran melengkung. Kelam kabut juga aku kerana ini kali pertama ikan besar bedal joran dari dalam kayak. Aku layan joran berhati2 kerana reel yang aku guna tu kecik saja. Bergerak kayak aku di tarik ikan tersebut. Selepas 3 minit bertarung, aku nampak kelibat seekor senangin yang bergerak mengelilingi kayak aku. Berputar kayak aku dikerjakan senangin tersebut. Akhirnya seekor senangin tersebut dapat aku capai ekor lalu diangkat ke atas kayak. Oleh kerana kayak tu terdapat ruangan yang terhad, sempat juga gigi senangin tu singgah secara tak sengaja di betis aku. Inilah kali pertama aku digigit senangin. Berbekas juga betis aku digigit senangin kerana gigi senangin memang kasar seperti kertas pasir. Bercapur dengan air ,masin laut, terasa pedih bercampur gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata2. 
Tengah syok memancing tu, tetiba sahaja anak  tamban menghilangkan diri. Puas aku apolo tetapi tak sekor pun dapat. tengah syok layan apolo tetiba sahaja seekor parang pula terhook dimata apolo. Aku ingat nak potong sahaja ikan parang tu nak dibuat umpan. Tetapi Muaz dah bagi isyarat supaya bergerak segera kerana angin dah mula bertiup manakala di kaki langit awan bergumpal hitam. 
Sebenarnya plan kami memancing dan malamnya kami nak berkhemah di Pulau Burung. Semasa kami memulakan kayuhan kayak ke Pulau Burung, angin dah mula bertiup. Walaupun angin yang bertiup tak laju mana, tetapi pergerakan kayak kami jadi perlahan kerana kami terpaksa mengayuh kayak menongkah arah angin. Pulau burung yang tak sejauh mana menjadi sukar kepada kami berdua nak sampai. Perjalanan yang sepatutnya 30 minit bertambah menjadi sejam. Walaubagaimanapun, kami selamat sampai. Apalagi, kami terus pasang khemah kerana hari nak hujan.

aku sambung cerita ni dalam 'PERCUBAAN KAYAK FISHING DI KUALA LUKUT' (pada hari kedua)

4 comments:

  1. Salam Tuan JP..wah !!makin advance sekarang ni mancing pakai kayak!!

    Unit/Jabatan Keselamatan yg berkenaan tak marah ke jika memancing guna kayak ni?

    Ada syarat ke nak ngail cara yg ekstrem ni?

    Syabbas Tuan JP!!

    ReplyDelete
  2. tak tahu palk.. setahu saya tak ada undang2 kenderaan panjang bawah 15 kaki dan tidak bermotor memerlukan lesen.. apa2 pun tq kerana memberi peringatan

    ReplyDelete
  3. Sama sama..manala tau JPAM/Marin/APMM/Bomba..boleh ambil tindakan @ nasihat kepada orang awam macam kita ni sebab aktiviti ni dah kira agak bahaya....

    ReplyDelete
  4. Salam tuan, ada x kayak yg boleh pasang enjin sangkut kt blkg. Dlm 2-4 hp...

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih