Wednesday, September 18, 2013

PERCUBAAN KAYAK FISHING DI KUALA LUKUT( hari ke - 2)

nampak macam susah nak hendel kayak tetapi sebenarnya senang saja
Selepas memancing di Kelong Pozi, Muaz ajak aku bergerak ke Pulau Burung kerana angin dah mula bertiup sepoi2 bahasa manakala kaki langit pula kelihatan gelap. Sedang berkayuh tu, tetiba sahaja angin bertiup makin kencang. Pulau yang kelihatan dekat seperti menjadi jauh kerana kami terpaksa berkayuh menentang arah angin. Selepas berhempas pulas lebih kurang sejam, kami pun sampai juga sewaktu senja telah menjelma. 
Sesampai di pulau Burung, terus aku dan muaz pasang hammock dan memasang unggun api. Angin terus bertiup kencang dari pelbagai arah. Aku dan muaz pula hanya bawa bekalan maggi. Jadi , malam tu kami makan meggi ikan tenggiri, senangin dan parang hahhaha... nak buat macam mana kena makan habis juga la kerana tak bawa bekalan ais. Dah makan tu aku berborak sahaja dengan Muaz dari cerita camping hinggalah ke politik. Sedar2 saja dah pukul 1 pagi. Apa lagi, tidur sajalah.
kalau letih tarik saja...
Esoknya, awal2 lagi aku dah kejutkan Muaz kerana nak kejar arus laut yang masih bergerak menuju arah kelong. Kalau kayak mengikut arus memang senag di tambah lagi pertolongan angin. Tak samapai 30 minit kami dah sampai tepi Kelong Pozi. Macam biasa, aku apolo tamban dan selar. Pagi tu memang banyak tamban dan selar. Aku cangkuk sekor anak selar pada mata kail Muaz. Oleh kerana arus perlahan, aku dan muaz guna teknik drift sahaja. Nampaknya pagi ni tak ada pula ikan2 yang nak rabut umpan. Sedang asyik aku melayan apolo selar, tetiba saja joran Muaz berdesing dengan hujung joran lentok habis. Kelam kabut juga Muaz melayan joran. Aku agak sekali lagi senangin meragut umpan berdasarkan larian yang bersepah di sekeliling kayak. Akhirnya, Muaz berjaya juga menaikan seekor lagi. Menjerit kegembiraan Muaz kerana inilah rekod peribadi beliau menaikan seekor senangin yang besar. 
otai kayak memang cool saja layan kayak fishing
Aku cuba beralih tempat ke arah beting dan berjaya menaikan seekor anak kerapu dan gerut2 sahaja.oleh kerana hari pun dah hampir tengahari, Muaz ajak aku pulang ke jeti kerana kami pun ada komitmen lain selepas ini. Sampai saja di jeti, terus kami singgah kedai Pozi mengisi perut yang dah mengeroncong. 
Sebenarnya, aktiviti aku dan Muaz dan hanya sekadar survay untuk membuka pakej KAYAK FISHING di Kuala Lukut.
Jika ada sesiapa nak cuba aktiviti kayak, memancing dan berkhemah bolehlah menghubungi saya di 0126804742 - Sabri

perjalanan menghampiri kelong Pozi

view menghadap jeti Shell dari arah pulau

senangin, tenggiri dan parang dicampur dengan meggi

parking di Pulau


5 comments:

  1. Boleh join pakej Kayak Fishing ni!...Tahniah buat Tuan JP & Tuan Muaz..

    ReplyDelete
  2. terima kasih... kalau minat sila col sementara harga promosi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Berapa Kos sewa kayak & equipmentnya....
    Kalau beli 1 set kayak..berapa harganya....

    terkesima dibuatnya..dah lama tak berkayak..dulu tahun 96'....pernah berkayak di Empangan Talang,Kuala Pilah ke Port Isa(Kabin Peranginan VIP kat tengah tasik tu)..jarak lebih kurang 3KM kot..seronok...
    Tapi itu dulu punya ceritala masa zaman bujang..sekarang tak taula kalau boleh naik atau pun tidak....kalau duk kampung dulu..biasa mengayuh perahu...tapi tak pernah pakai enjin sangkut...pakai pengayuh biasa aje,,

    geram geram geram...geramkan kayak ngan hasil pancingan tu!!!

    ReplyDelete
  4. http://footsteps.com.my/ kalau nak beli kayak sila check di web ni tapi kalau nak pakej kayak rm 150 seorang termasuk makan dan khemah minima 5 orang.. masih dalam harga promosi

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih