Wednesday, December 18, 2013

CENCARU MAKAN PAGI DI TIANG 32 JAMBATAN PENANG

jambatan yang menyimpan 1001 cerita Sang Pengail
Sempena cuti yang panjang berpanjangan, aku ambil kesempatan ni menjengok mak di kampung. Tetapi semasa nak berangkat balik tu aku dah sibuk2 siapkan peralatan untuk pergi berjuang dah. Selain balik nak jengok mak, aku balik pasal kenduri pak cik di Bukit Petai batu Melintang Tikam Batu. Macam biasa la, menyelam sambil minum ayaq sangat penting bagi kaki pancing ni. Kalau tak menyelam sambil minum tu rugi di kira rugi dan buang masa la.
Abis saja kenduri, aku dengan adik aku plan nak pergi memancing bawah jambatan. Dia pun dah lama tak turun mancing. Kali ni adik aku yang nombor 7 juga nak ikut. Dia ni bukan kaki mancing sangat tapi luck pergi memancing dengan dia tetap ada. 
Sampai di jambatan, aku plan nak test tiang 35 lagi tapi kata boatman Si Zam tak boleh mancing di tiang tu sebab ada jaring yang tersangkut di tiang. Mula2 kami berpecah dengan 2 orang adik tu. Aku pergi test tiang 36 tapi membangau saja. Adik aku yang pergi test tiang puaka tiang 47 juga membangau. Jadi kami ambil keputusan bergabung di satu tiang sahaja memandangkan mata apolo ada 2 sahaja itu pun ihsan pemberian pemancing lain. Apolo yang ada hanya apolo bersaiz besar sahaja. 
layan cencaru yang masuk kat tiang
Kami berubah tiang waktu dah lewat petang. Arus masih kuat. Jadi kami apolo umpan sebanyak yang boleh. Nasib baik ada tamban tetapi tamban yang kami dapat tu saiz lauk dah dan bukan saiz umpan. Dalam celah2 tamban tu ada juga cencaru yang naik tetapi saiz kecik2 sahaja. Kami lepas balik sahaja memandang tak sesuai lagi nak buat lauk. 
Petang tu, aku dapat la naikan sekor baracuda dalam saiz 2 kg sahaja menggunakan teknik flying fox. Malam tu kami membangau lagi. Tak ada ikan yang sudi meragut umpan walaupun ada nampak kelibat ikan mengambur. Tetapi sebaliknya, jiran kami di tiang 30 pulak sebalik pula ceritanya. Malam tu kami dengar berdesing2 kelili berbunyi. Pagi esok dapat la berita. Pemancing tiang 30 naikan 4 ekor ikan dan salah sekor ialah siakap seberat 9.4 kg.
alu2 guna teknik flying fox
Pagi tu aku test apolo nak cari umpan tamban. Dapat la tamban dua tiga ekor. Tengah syok layan apolo, tetiba joran apolo aku melengkung baik di henyak ikan. Dengan joran yang lembut dan mata apolo yang kecik, aku layan perlahan2 dan naik la 4 ekor cencaru saiz lauk. Aku syorkan pada adik aku supaya menggunakan mata apolo yang lebih besar dan joran yang lebih keras. Memang banyak pula cencaru yang naik pada hari tu. Apa lagi, kami layan cencaru saja la memandangkan ikan2 besar tak nak sambar umpan. 
Tengah syok layan cencaru, aku tetap juga lontar umpan kasai terutama semasa air nak beralih. Naiklah sekor jenahak makan senyap. Itu pun adik aku yang layan. Aku lontar lagi pada tempat yang sama betul2 tepi tiang nombor 33. Nasib aku baik, seekor pari tanduk pula yang sudi menjamah umpan kasai aku lagi. Kali ini adik aku yang nombor 3 pula yang layan. 
jenahak tepi tiang no 33
Sementara menunggu bot balik, kami tetap layan apolo cari cencaru. Semasa hari semakin petang, semakin kurang cencaru menyambar apolo. Semasa perjalanan pulang dalam bot tu, Zam si Boatman minta sedikit cencaru nak buat lauk. Apa pun terima kasih pada Si Zam yang sentiasa memberi tip2 tiang terbaik di Jambatan Penang.








pari tanduk memang sedap isinya

sekor saja jenahak


buat lauk

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. bole bagi nombor encik zam tu x??ingt nk try gak memancing kat jambatan.....

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih