Thursday, July 24, 2014

PERAMBUT ANAK TALANG KELONG MAMUD

saiz anak talang kelong mamud tengah
Ramai juga pemancing yang masih kurang faham bagaimana nak buat perambut anak talang di kelong Mamud tengah. Sesetengah pemancing agak kehairanan bagaimana jiran aku selalu hook berbanding joran mereka. Walaupun jenis perambut sama tidak semestinya boleh hook anak talang di sini. Ada sesetengah pemancing hook anak talang dengan mata apolo saja semasa apolo anak tamban.
Aku dapat teknik ni pun bukan dengan sendiri. Aku dapat teknik ni pun dari penduduk tempatan yang agak liat untuk mengeluarkan ilmu mereka kecuali kepada kenalan yang rapat sahaja.Di bawah ni aku bagi tip yang agak berkesan untuk menjerat anak talang yang bersaiz 1/2 hingga ke 1 kg. Kadang2 ada juga talang bersaiz lebih 1 kg. Tapi perlu awas juga kerana kekadang ada juga talang bersaiz 10 kg di sini.
bawah ni aku cuba bagi tip nak buat perambut yang mudah dan senang.
bahan atau alatan:
i. tangsi perambut saiz 30lb sahaja
ii. mata kail saiz 6 atau saiz mata gelama sahaja
iii. batu ladung saiz 2 atau 3.. lebih kecil lebih bagus
parang juga boleh dipancing dengan perambut yg sama

kita boleh buat perambut hidup atau gantung terpulang kepada selera pemancing tetapi bagi aku perambut gantung lebih suai kerana senang nak lontar umpan dengan perambut panjang dan ladung yang kecil.
Kenapa aku katakan logik perambut ni lebih suai. 
pertama :
ikan talang makan umpan sambil lari. Kalau batu perambut berat maka umpan akan tercabut dan tidak hook. sebab itu jika kita pakai ladung besar umpan selalu habis tetapi tidak hook.
kedua;
perambut yang kecil dan lembut sangat perlu kerana ikan ni dah biasa sangat dengan manusia serta mata kail.perambut yang kasar dan besar membuat kan ikan tu naik cuak apabila ternampak perambut yang kasar serta bunyi permbut bergeser dengan air.Aku pernah mendengar ada orang memancing senangin dengan perambut 10 lb sahaja. Katanya ikan kurang ragut jika guna perambut besar. Cara nak naikan ikan tu terpulang kepada pemancing sendiri la.
ebek pun guna perambut yang sama

ketiga;
mata kail yang kecil juga perlu kerana mata kail yang besar lebih berat. Mata kail yang berat membuatkan umpan tamban hidup berenang tidak cergas. Umpan yang cergas membuka lebih peluang untuk ikan meragut umpan. Aku sendiri pernah menaikan pari saiz sekilo hanya menggunakan mata apolo saiz 6 sahaja.
keempat :
yang akhir sekali kenapa kita nak membazir membeli ladung dan perambut yang leih besar kalau kita dapat menaikan ikan dengan menggunakan perambut yang ringan dan murah.

ikan daun baru juga guna perambut yang sama


No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih