Sunday, September 28, 2014

GT DI RUMAH RAKIT SUNGAI SEPANG

view dari rumah rakit wak cakoi
Aku sememangnya nak tulis pasal GT masuk rumah rakit sungai sepang. Aku pernah nampak 2 kali pemancing menaikan GT di rumah rakit ni tetapi malang sewaktu tu kamera pula tak di bawa. Memang agak menghairankan GT masuk ke sungai sepang memandangkan sungai sepang  bukan besar mana pun.
Nak jadi cerita suatu malam Wak Cakoi atau nasir iaitu pemilik jeti wak Sempoh dan juga rumah rakit sungai sepang telefon aku menyatakan satu group pemancing dari banting menaikan 15 ekor GT sepetang. Aku macam nak pergi time tu juga tetapi memandangkan aku ada kerja pagi esok maka aku tundakan dahulu.
Tengahari keesokan harinya aku terus bergerak ke rumah rakit sungai sepang setelah selesaikan kerja. Tapi, kali ini aku naik rumah rakit bertiga bersama pozi dan juga faisal. 
Sampai saja rumah rakit, gang banting tu tengah bersiap nak balik. Jadi sempat la aku snap dua tiga foto. Memang mengujakan juga tengok ikan yang berlonggok atas lantai rumah rakit. Selain GT ada juga kurau, semilang, ketuka, tarpon dan juga tidak ketinggalan 'mr glamer'. Selepas dia orang balik aku pula yang hulur joran. Tetapi sayang semasa aku mancing tu arus dah terlalu perlahan dan hampir mati. Air juga pasang agak lewat petang. Aku hulur umpan kat area tepi hutan bakau tetapi hanya anak siakap sebesar tapak tangan saja yang sudi. Sewaktu hampir senja, umpan yang aku hulur tepi reba melengkung
 tetiba. Pada mulanya aku ingatkan siakap, apabila dah masuk tangguk sah GT yang membalun umpan yang aku hulur. Memang tempat cetek betul GT tu membaham umpan.
Apa lagi, dah dapat lesen tu aku pun telefon Wak Nasir la nak balik. Berangin gak Faisal ngan Pozi tak dapat lesen GT. Kalau sesapa nak naik rumah erakit tu boleh la contact Wak Nasir 0192699924.
Tapi kalau sesiapa yang berminat nak guna guide dan pakej boleh call aku 0126804742.. JP.
saiz 1 kg ke atas
temanang atau tarpon teknik pelampung   

memang meriah
ini lesen aku

8 comments:

  1. Salam Bang Otai...nampak mcm menarik...boleh bawak family ke atas rumah rakit tu? Boleh tumpang nombor telefon owner rumah rakit tu tak bang...thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tak no phone dia , owner rumah rakit tu

      Delete
    2. Ada tak no phone dia , owner rumah rakit tu

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. salam saudara, sy nak mintak tolong ,kalau2 ade yg simpan no nak beli umpan udand hidup, boleh pas tak, sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. 22/23.10.16 ni saya turun sana box satu rumah umpan apa yg best ikan potong boleh ke tlo tunjuk ajar

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih