Tuesday, January 13, 2015

KUMPUL LAUK DI KELONG POZI

kelong dinding merah
Ni cerita masa cuti, aku pilih hari orang kerja, jadi aku bermalam sorang saja la atas kelong. Petang aku sampai kelong, air dan arus cantik. cuaca pun cerah. Aku bajet boleh la target yang best2 pada malam tu. Rupanya kusangkan cerah sampai ke malam rupanya hujan lebat lewat petang. Apa lagi, air sungai yang keruh ditolak ke kelong walaupun semasa air sedang pasang. Nak buat camna, sudah suratan takdir hujan hari tu.

 Aku cuba juga mancing malam tu, tapi tak ada getuan langsung. Aku labuhkan badan saja dalam hemop dan terlelap lena2 ayam. Bangun pagi, salah satu joran 17 kaki yang aku hulur umpan kat atas beting dah putus tali utama. Mungkin sang pari yang punya angkara. Nak buat camna, dah tak ada rezeki sebab tertidur.

 Pagi tu, banyak pula anak tamban comel2 aku apolo tepi kelong saja. Mungkin sunyi tak ada orang lain, anak tamban pun berani datang hampir dengan kelong. Takkan aku nak cakap sorang2 ye tak ye kan. Aku pasang umpan udang hidup kerana aku target ebek yang akan menyambar semasa air menyorong pasang pagi. Tapi talang yang membedal. Apa lagi, aku tukar udang ke umpan anak tamban. Dalam sejam beberapa ekor talang dinaikan. Cuma salah satu joran yang berumpan udang disambar bandang.

Semasa aku apolo anak tamban, salah satu joran yang aku hulur ke arah beting, terjongkit habis. Lawan punya lawan, akhirnya seekor senangin gubal aku pam naik ke kelong. Senangin tu aku jual saja pada pozi, buat modal bayar kelong. Jangan marah la kawan2, first time aku jual ikan mancing ni. Nak buat macam mana, ikan dalam peti ais pun masih ada.
Sebenarnya, memancing di kelong Pozi pun best kalau kita tahu tarikh dan teknik yang sesuai.

5 comments:

  1. Klau nak pegi tu ajak2 ler......: )

    ReplyDelete
  2. aku mmg tak pernah seting nak pergi.. main terjah je. nak ikut kalu sila call.. tq

    ReplyDelete
  3. Lau nk g kelong pozi nie lagy ajak2 ea bleh merasa lauk penuh dlm peti ais

    ReplyDelete
  4. Lau nk g kelong pozi nie lagy ajak2 ea bleh merasa lauk penuh dlm peti ais

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih