Thursday, July 9, 2015

RINDU SERINDUNYA


Pada bulan Ramadhan 2015, aku tak turun mancing langsung. Bukan aku tak gian memancing tetapi sempena bulan Ramadhan dan juga aku ada sikit buka bisnes nak cari duit raya bah.. Jadi aku pendam saja la rasa rindu yang membuak-buak nak pergi memancing.
Tak bermakna aku tak mancing aku tak ambil tahu tentang mancing langsung. Walaupun tak mancing tapi aku tetap pi shoping gak alatan mancing. Selain shoping boleh gak cuci mata tengok amoi tce.. hehe.. bulan posa weeiii.
Selain tu aku tetap gak layan FB tengok kawan-kawan yang duk berposing dengan hasil masing-masing. Timbul gak rasa dengki dan sakit hati tetapi memandangkan nak cari duit raya jadi aku pendam saja laaa.. mmmm.
Aku ambil kesempatan bulan posa ni, aku beli sebijik buku pasai ikan dan sebijik buku pasai burung borneo. Mahal ooo.. tapi aku rembat duit baucar buku bini.. hahaha.
sambil bisnes tu aku buat la juga ulang kaji, bukan ulang kaji nak sambung belajar kat u tapi nak kenai ikan dan burung saja.. hahaha buang tebiat.
Dalam duk termenung kenangkan ikan tu aku dapat la satu idea nak buat blog mengenal ikan laut plak. Bukan apa supaya orang dapat kenai ikan dan tak bertekak pasai ikan kerana sebutan daerah masing2. Biar bahasa menjadi penghubung bangsa.

terkenang ketika menggasak gerung belang kelong Pozi

tak besar mana pun.
 

2 comments:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih