Monday, September 28, 2015

LUBUK BARU KELONG POZI KUALA LUKUT

kelong pozi
 Ni cerita malang dan juga cerita syoknya memancing. Pada 26 Sept 2015 yang lepas, aku sepatutnya bawa satu trip pakej memancing di Kelong Pozi. Jadi, pada awal pagi tu, aku call la customer yang nak pergi mancing. Okey, jadi. Katanya akan bertolak dari petaling Jaya dalam pukul 2.30 petang. Oleh kerana dia orang memang dijangka lewat sampai, jadi aku bagitau bahawa aku akan naikm kelong terlebih dahulu untuk buat persediaan. 
Segala perlatan, bahan makanan dan umpan aku settel juga pagi tu dan terus naik ke kelong dalam waktu tengahari. Tanpa diduga langsung, cuaca memang berjerebu teruk . Aku teruskan juga niat naik kelong. Anak aku yang nombor pun turut serta dalam trip ni walaupun dah dilarang neneknya. 
Sesampai di kelong, aku terus susun alatan yang dibawa dan memasukan umpan udang dalam kolam takungan. Aku cuba apolo tamban tapi hanya beberapa ekor sahaja yang dapat. Tamban memang banyak tetapi tak mahu sambar mata apolo mungkin kerana saiz tamban tu kecil sangat. Macam tamban baru menetas dua tiga hari yang lepas.
jenahak dara
Manakala Syahmina anak aku pula duk layan mancing guna umpan udang potong. Hanya serkut sahaja yang duk kacau umpan. Aku pun pacak juga dua tiga batang joran berumpankan tamban yang aku dapat. Aku lontar kat lubuk baru yang aku jumpa dua minggu lepas.
Berbalik kepada trip pakej aku, hari pun dah lewat. aku cuba call beberapa kali tapi tak berbalas. Aku cuba juga hantar mesej pun tak menyahut juga. Akhir sekali, aku call tak dapat dihubungi terus. Memang sah trip kali ni dah kencing aku. Nak buat camna, umpan dan lauk pauk semua dah beli. Last sekali aku ajar anak aku memasak sambil duk pasang perambut. Aku bagitau anak aku trip dah batal jadi kami tukar trip pakej ke trip misi mencari lauk. Umpan udang 200 ekor tu sapa nak perabih?? aku ngan anak aku la. Mewah umpan udang.
Berbalik kepada joran yang aku dah pacak dengan umpan tamban. sedang asyik duduk berasap selepas makan nasi salah satu joran yang aku pacak kat belakang melentuk turun. Anak aku yang turut berada di belakang sedang apolo tamban turut menjerit memanggil aku. Berlari aku dapatkan joran tersebut. dari awal lagi aku syak gubal yang berada dihujung mata kail. Jadi aku layan perlahan-lahan supaya ikan letih di tengah lagi. Nasib aku baik, walaupun ada sekali ikan dah belit di tiang kelong tetapi perambut masih kukuh. Akhirnya gubal dilubuk sama yang memutuskan perambut trip pakej aku dua minggu sebelum berjaya didaratkan.
senyum sikit
Pada sebelah malam tu aku cuba juga hulur umpan di lubang-lubang jenahak tetapi seperti lubang tiada penghuni. Jadi, malam tu aku buat perambut dengan mata kail gamakatsu saiz 8 sahaja berumpan udang hidup yang dipotong-potong. Galak juga kapas dan daun baru diselang seli dengan serkut mencuit umpan joran aku. Aku layan sehingga air mata aku meleleh pedih menahan asap jerebu.
Keesokan pagi aku sambung aktiviti. Aku hulur lagi umpan tamban kat lubuk gubal semalam, dan seekor jenahak dara sudi memikat umpan tamban aku. Manakala umpan udang hidup yang aku hulur habis dikutis anak ikan yang tingggal hanya kulit saja. 
Semasa arus sedang surut habis dan kembang pasang, aku guna mata apolo berumpan udang layan ikan selar hitam yang galak merebut umpan. Banyak juga selar hitam yang putih tu dapat didaratkan untuk dijadikan lauk. 
Aku pulang agak lewat petang dalam cubaan nak perabih umpan udang hidup tetapi tiada lagi sambaran yang yang betul-betul strike.
lauk

4 comments:

  1. Biasa main Kuala Lukut masa dulu... tapi tak pernah lagi mancing atas kelong. Teringin nak cuba satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum......abg jenahak....good blog!!info yg sggh bnyk tuk d kongsikn kpda pemancing baru sprti sye bila lagy trip nk ke kelong nie bley lh kontek sye....sye nk join skali hikhikkkk....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum......abg jenahak....good blog!!info yg sggh bnyk tuk d kongsikn kpda pemancing baru sprti sye bila lagy trip nk ke kelong nie bley lh kontek sye....sye nk join skali hikhikkkk....

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih