Wednesday, August 17, 2016

UNGGUN ASAP PENGHALAU NYAMUK

Bagi kaki pancing, selain mendapat ikan kebiasaannya kaki pancing juga mendapat pakej gigitan nyamuk dan juga agas terutama jika memancing berhampiran hutan paya bakau. Menjadi kebiasaan atau sudah menjadi keperluan kaki pancing membawa ubat nyamuk dan juga ubat gatal kesan gigitan nyamuk selain membawa joran dan umpan. 
Terkadang tu, oleh kerana terlalu 'excited' hendak memancing, kita hanya fikirkan alatan memancing sahaja sehingga terlupa keperluan lain semasa memancing. Sesampai di port memancing baru la teringat tertinggal ubat nyamuk. Itu pun  setelah badan  berbirat disesah nyamuk. Di bawah sini aku nak kongsi beberapa tip yang boleh digunakan jika tertinggal ubat nyamuk.

guna sabut kering bercampur sabut lembab
Yang pertama, kita boleh gunakan sabut kelapa. Sabut kelapa akan mengeluarkan jumlah asap yang banyak setelah dibakar. Kebiasaannya nyamuk akan lari kalau kena asap sabut kelapa. Bukan setakat nyamuk, pemancing pun turut lari kalau asap sabut kelapa beralih ke arah pemancing.






jangan dibuang sarang telur.
Yang ke dua, selain sabut kelapa kita juga boleh la singgah ke kedai runcit terlebih dahulu sebelum sampai di port memancing. Kutip sahaja sarang telur yang dibuang oleh pemilik kedai. Kalau tak ada boleh minta terus sahaja dari pemilik kedai. Kalau pemilik minta sikit duit tu hulurkan sahaja dan jangan ler lokek sangat. Nyalakan hujung sarang telur tu  dan selepas tu padam semula api sehingga hujung sarang telur tu berbara sahaja. Biarkan sahaja kerana sarang telur tu akan berbara dan mengeluarkan asap berterusan sehingga habis. Kebiasaannya 1 sarang telur boleh bertahan setengah jam ke atas,

tambah daun-daun lembab supaya lebih berasap
Yang ke tiga, boleh sahaja terus nyalakan api dengan kayu-kayu kering yang ada disekeliling. Setelah unggun api tu dah nyala, terus sahaja bakar sekali sampah sarap yang lembab atau kayu yang basah supaya mengeluarkan asap yang banyak. Tapi teknik ni agak susah kerana kita perlu menjaga supaya unggun tu 'maintain' mengeluarkan asap. 


dari menyakitkan mata, jadikan benda berguna
Yang ke empat, kalau kita memancing tepi pantai, bahan bakar ni memang banyak dan bersepah dibawa arus ombak iaitu serdak serta habuk kayu hanyut bakau. Kita perlu nyalakan unggun api dahulu kemudian kutip serdak bakau yang hanyut tepi pantai. Kebiasaannya serdak dan habuk ni lembab . Campak sahaja dalam unggun api dan unggun api akan padam tetapi akan terus berasap berterusan. teknik ni boleh bertahan lama serta asap serdak bakau ni berbau wangi dan tak memedihkan mata seperti asap unggun sabut kelapa. Ada kawan menggunakan teknik ni dan unggunnya terus menyala berbulan-bulan setelah ditambah atau 'topup' serdak bakau sekali sekala. 

Yang kelima, teknik ini teknik yang paling aku suka kerana bahan bakar ni mudah didapati serta 'maintain' mengeluarkan asap berterusan dalam jangka masa yang lama. Kalau port memancing anda ada pokok kelapa sawit, kutip sahaja bunga-bunga sawit jantan yang telah kering lalu disusun memanjang atas tanah. kalau tak suka susun memanjang boleh juga disusun melingkar seperti ubat lingkaran ubat nyamuk di atas tanah.  Nyalakan bahagian hujung barisan  bunga sawit yang disusun. Apabila api sudah nyala anda perlu padam api tu semula menjadi berbara sahaja. Bara ini akan terus berbara sedikit demi sedikit mengeluarkan jumlah asap yang banyak. Selain mengeluarkan asap yang banyak teknik ini bertahan lama dan anda tak perlu lagi menjaga atau topup bunga sawit dalam jangka masa yang lama. kalau barisan bunga sawit tu panjang maka lagi lama unggun ni bertahan berjam-jam tanpa dijaga. 



No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih