Wednesday, September 7, 2016

ANAK SENANGIN GORENG RANGUP

aku suka ikan goreng bersama hirisan bawang
Okey, aku sekarang ni selain memancing aku juga menjaring hanyut tepi pantai. laa.. jalan kaki sahaja dan bukan naik bot pun. Cara senang kos murah. nak turun pun senang, ambil jaring muat dalam kereta turun pantai lalu bentang jaring. Dah siap dan terus boleh kutip hasil. Nampak memang mudah sebab memang mudah pun semudah ABC. Okey dah.. melalut plak. 
Biasanya semasa menjaring aku dapat banyak anak-anak ikan kecil seperti anak senangin buih, bersia, tamban, udang dan pelbagai lagi anak ikan kecil. Pada mula tu aku lepaskan balik sahaja tetapi sejak dapat tips goreng rangup anak ikan ni aku terus jadi selera ngan ikan goreng rangup.
Anak ikan yang aku siang tadi, aku kelar-kelar la sikit lalu dibasuh bersih. Tak perlu nak potong sirip dan ekor tu sebab buang masa dan renyah. Lagipun bahagian ekor dan sirip tu selepas digoreng rangup enak rasanya. 
Ikan yang aku dah basuh tu, aku gaul dengan garam secukup rasa. kalau suka masin lambakkan banyak garam dan kalu suka lemak masin tu cubit sahaja sedikit garam. Gaulkan garam tu sehingga sebati dengan keseluhan ikan tadi. Panaskan minyak lalu masukan dalam kuali. tak perlu nak kunyit-kunyit lagi. Goreng sahaja ikan dan garam ke dalam minya yang panas. ehh.. tak perlu minyak banyak pun. jangan membazir.
yang paling kecil tu yang paling best
Apabila badan ikan dah sedikit kekuningan dalam anggaran separuh 3/4 masak baru lah anda taburkan serbuk kunyit. Sesudah tabur tu terus sahaja gaul dengan sudip yang anda pegang dengan sebelah tangan lagi. Berapa banyak kunyit nak guna terpulang pada diri. Kalu suka warna kuning tabur lah banyak-banyak. 
Apabila Ikan yang telah ditabur kunyit hampir garing berwarna keemasan tapi bukan emas betul tau.Jangan plak duk berangan-angan ikan anda bertukar jadi emas 916, nanti rentung legam baru tau, anda boleh hirisan bawang besar bersama cili potong. Tak sampai seminit anda akan mendapat bauan aroma yang membuatkan perut anda terus menyanyi kelaparan. 
Teknik ni sebuai juga dengan ikan tamban atau segala anak ikan kecil yang lain. Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih