Wednesday, May 10, 2017

ENAKNYA PATIN MUARA SUNGAI LANGAT

ikan patin bukan awek patin
Ikan patin memang sinonim dengan Sungai Pahang. Sebut patin pasti orang teringatkan Negeri Pahang. Aku ni mana mampu nak pi jauh-jauh mengail patin Pahang. Nasib baik sungai Langat juga ada ikan patin. Entah-entah patin kat sungai Langat ni lebih banyak berbanding ikan patin dalam sungai Pahang. Yang membezakann ikan patin sungai Pahang dengan patin sungai Langat ialah keenakan rasa isinya yang mengambil kira faktor kualiti kebersihan air dan juga makanan. 
Ramai yang beranggapan patin sungai Langat berbau minyak dan juga lumpur. Aku tak nafikan perkara tersebut kerana aku sendiri dah pernah merasa isi patin sungai langat memang berbau. Sebenarnya sungai Langat ni bukan pendek. bermula dari hulu hingga ke Muara di Klanang. Apabila berhampiran muara di mana sungai Langat akan dipengaruhi oleh arus pasang dan surut. Arus pasang dan surut ini turut mempengaruhi kualiti air sungai Langat. Jadi ikan patin yang dipancing berhampiran muara sungai Langat tidak berbau minyak dan lumpur seperti ikan patin yang dipancing kawasan hulu sungai Langat. Kalau dahulu aku juga bersangka patin sungai Langat berbau tetapi setelah merasa sendiri nikmat patin muara sungai Langat aku tak dapat nafikan keenakan rasanya.
putik berembang
Selain faktor arus dan pasang membuatkan patin sungai langat tidak berbau, faktor makanan juga mempengaruhi rasa isi ikan patin ini. Berhampitran muara sungai Langat terdapat banyak pokok berembang. Buah berembang ni rasanya masam manis apabila sudah ranum. Selain itu, bau buah berembang yang semerbak masam manis turut menarik ikan patin memakan buah ini.Selain itu, buah lakum yang  juga banyak tumbuh menjalar meliar di tebing muara sungai Langat juga menyumbang makanan yang berkualiti kepada ikan.
Bagi aku, kalau tak mampu nak beli patin sungai Pahang, boleh juga kita ganti ikan patin muara sungai Langat yang juga enak rasa isinya selain harganya yang jauh lebih murah.


buah lakum atau anggur liar Malaysia

rugi sangat kalau tak reti makan ikan patin

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih