Wednesday, February 24, 2016

REKOD BARU TALANG KELONG POZI

memang monster
Ini sebenarnya trip aku cari lauk bersama orang baru dalam dunia kelong iaitu Din. Kami pergi berdua sahaja dan kami masuk pada hari Jumaat memandang hari tu mungkin tak ramai pemancing. Harapan memang menjadi kerana tak ada pemancing lain pada hari tersebut. 
Kalau mengikut keadaan arus pada hari tersebut memang arus sangat perlahan kerana arus baru menyongsong besar. Tetapi yang hairan ada juga anak tamban dapat di apolo. Walaupun sedikit sahaja anak tamban tetapi ada juga la nak dibuat umpan. 
Hari pertama kami masuk tu, kami layan ikan bandang dulu. Banyak juga yang rabut tetapi ada juga bandang yang tewas. Macam biasa, orang baru tetap kena buli dengan bandang. Pada keesokan pagi, arus sudah beransur surut tetapi surut agak perlahan dan lambat. Jadi aku lambungkan sekor tamban pada mata kail joran 17 kaki. Tak sampai 5 minit, joran aku tu tersentak dan terangkat dihentak Ikan. Dalam amsa tu juga aku nampak seekor ikan yang besar mengambur di permukaan air.
"talang.. talang besar",jerit aku.
jangan lepaskan peluang bergambar

Terus saja aku sentap joran dan layan ikan talang tersebut. Ikan tu beberapa kali mengambur dipermukaan air sambil mengibas-ngibas badan yang lebar. Pergh.. memang perasaan masa tu gembira dan puas sangat dapat layan ikan besar. Lagi pun aku memnag dah lama tak dapat melayan monster seperti ikan talang ni. Selepas lebih kurang 10 minit, talang tersebut tewas dibenam dengan mata hook. 
Din yang tadi kelihatan gementar menjerit keriangan walaupun aku yang tarik ikan tersebut mungkin kerana sangat teruja dapat melihat talang yang besar. Setelah ditimbang, talang tersebut seberat 13 kg. Sah.. memang sah ini talang rekod di kelong Pozi. Sebelum ini aku pernah lihat talang sebesar ni tapi di kelong Mamud tengah. 
Aktiviti memancing tetap diteruskan kerana arus memang masih cantik menyongsong surut perlahan. Sedang aku memeriksa joran panjang dibahagian kelong, salah satu joran panjang aku sudah terlentuk diseret ikan. Setelah disentap, kelihatan seekor gubal seberat 2.5 kg pula jadi habuan aku dan Din. Din menjerit keriangan lagi kerana teruja. 
Pada hari tu, tong panjang dan besar yang aku bawa tak sia-sia dipenuhi dengan ikan.


ini memang ikan Din punya

bagi Din peluang bergambar dulu

sanggup potong tong, jangan potong ikan

6 comments:

  1. 1628Poker Judi Online Terbaik di Indonesia & Terbesar di Asia
    Yang Memberikan 5 Permainan Dalam 1 Website
    Poker, AduQ, Domino99, Capsa dan Blackjack

    Kami juga memiliki sistem berupa bonus Referral seumur hidup kepada member yang telah mangajak temannya untuk ikut bergabung di www.1628poker.com

    Semakin banyak anda mengajak teman anda untuk bergabung menjadi member kami, maka semakin banyak pula bonus referral yang akan anda dapatkan.

    Semua pemain dijalankan secara murni antara member vs member, 1628poker sama sekali tidak menggunakan Bot (robot) maupun Admin yang ikut bermain.

    - Minimal Deposit Rp.25.000,-
    - Minimal Withdraw Rp.10.000,-
    - Sistem Keamanan Terjamin
    - Poker Online Terpercaya
    - Livechat yang responsive
    - Bisa bermain dari Android dan IOS
    - Support lebih banyak dari bank Lokal

    Tunggu Apa Lagi? Ayo Buruan Gabung Bersama Kami Di 1628Poker.com

    Silahkan Hubungi Kami :
    BBM : 7F1B1F00
    LINE : 1628casino
    EMAIL : cs@1628casino.com

    ReplyDelete
  2. As salam bang jenahak.
    Sy berminat nak pergi kelong ni.
    Boleh bang contact sy untuk bincang?
    Ni no tel sy.
    012-9703624 (rafiq)

    ReplyDelete
  3. Mcm mana nak kontek tauke kelong ni?

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih