sebanyak 20 pintu masuk sebuah bubu |
Ramai yang dah tahu tentang bubu. Ramai juga yang tahu tentang bubu naga walaupun tak ramai yang memiliki bubu naga. Aku memang dah lama tahu tentang bubu naga tapi kurang arif menggunakan bubu ini. Setahu aku memang orang menggunakan bubu naga menjerat ikan ketutu dan juga udang di kolam, tasik dan sungai. Tak pernah aku lihat orang guna bubu di pantai atau laut lepas memandangkan fizikal bubu naga agak tidak lasak.
Aku ada melihat orang menangkap udang dalam alur-alur Sungai Sepang besar menggunakan bubu naga berumpan belacan yang ditabur. hasilnya memang agak memberangsangkan. Boleh la kalau hasil sebuah bubu tu untuk dijadikan lauk dan juga umpan memancing.
Oleh kerana tempat aku area Kuala langat hanya ada pantai sahaja denga laut lepas agak mustahil untuk membubu dengan bubu naga yang fizikalnya tidak lasak. pada mulanya aku menggunakan sebuah bubu sahaja yang aku beli kat Thailand. Walaupun dah lama aku beli tapi tak la aku gunakan langsung kerana agak sibuk dengan aktiviti memancing.
dihujung kiri dan kanan ada unjap terakhir tempat pengumpulan hasil |
Nak jadi cerita, isteri aku mengandung lagi. Dalam bulan-bulan yang terakhir tu aku berhenti sekejap aktiviti memancing untuk jaga hati isteri. Oleh kerana tak boleh memancing, aku keluarkanlah khazanah bubu naga yang dah bertahun terperap dalam kotak. Jalan-jalan cari port membubu, aku pergi ke pantai Klanang bersebelahan pantai Morib.
Pada mulanya aku test tepi hutan bakau sahaja. Memang banyak udang termasuk anak belanak yang terperangkap dalam bubu. Masalahnya tepi hutan bakau tu ada banyak anjing liar yang memecahkan bubu jika ada ikan belanak yang terperangkap dalam bubu. Aku beli lagi 2 buah bubu tapi kali ini aku pasang agak ke tengah pantai jauh sikit dari hutan bakau. Aku tinggal bubu tu selama 2 hari kerana aku terpaksa bertugas di pusat K0 tekali. Balik dari bertugas, aku terus menjenguk bubu yang pada mulanya jangkakan hasil kosong dan bubu rosak dipecahkan anjing liar lagi.
ketam bunga atau ketam renjong |
Sesampai di bubu aku agak terkejut kerana ketiga-tiga buah bubu aku penuh dengan ketam dihujung unjap. Oleh kerana aku tak bawa bekas, jadi aku cari sahaja guni buruk yang dihanyut ombak. Setelah dituang hasil ketam dalam bubu, hampir penuh guni putih yang aku jumpa tu.
Balik rumah terus sahaja aku bahagikan hasil kat jiraan tetangga dan sedara mara mertua aku kat Sg lang banting.
Assalam bang.. Nak tanya klu membubu di pantai umpan apa yg sesuai..umpan tu letak dlm bubu ke
ReplyDeleteIKAN gelama
DeleteIKAN duri
Lama2 Hg Tau sendri
dekat mana ada jual
ReplyDeletedekat mana ada jual
ReplyDeleteassalamualaikum bang..bagitau kedai yg jual bubu ni
ReplyDeleteKami jual bubu naga info 08813856003
ReplyDeleteSaya jual bermacam bubu,bubu naga,bubu kotak bubu lingkaran/ kubah dan membuatkan sesuai pesanan hub.08813856003
ReplyDeletePm 0174829996
ReplyDeleteApa apa jenis bubu.andai lebih dari 2 injap.adalah menjadi satu kesalahan,tp kalau tak kena tangkap,x salah,kena tangkap baru salah...
ReplyDelete