Wednesday, May 3, 2017

MATA APOLLO PUN 'KILLER'

hulur saja depan kelong ikut arus
Kekadang kita pergi memancing di kelong dengaan harapan meninggi gunung. Bermacam persedian alatan dan umpan yang mencecah ratusan ringgit tapi apa yang diharap selalu sangat tak menjadi. kekadang dek kerana mengejar ikan besar kita terlupa bahawa selain ikan besar kita juga boleh layan ikan kecil atau orang sebut ikan lauk. Percayalah, kalau kita set yang ringan seperti set udang dibuat layan ikan saiz lauk memang syok ooo. Tak percaya cuba la. 
Kekadang aku juga boring duduk termenung menunggu jenahak atau sepupu sepapatnya menyambar umpan. kalau aku pergi kelong Pozi aku tak akan lupa bawa satu set ringan atau set yang lembut. Joran yang lembut ni aku pasang mata apolo saiz 5,6, atau 7. Aku guna set ni bukan nak cari tamban tetapi aku nak pancing ikan lauk sambil berhibur sedikit. Kebiasaannnya semasa arus mula pasang, biasanya anak2 ikan dahulu mudik ke muara. Aku pasang la  hirisan umpan udang yang agak tutup sikit mata apolo. kalau udang hidup di potong2 lagi bagus. 
bawal emas suka menyambar umpan teknik ini
Aku biasa campak mata apolo berumpan hirisan isi udang tu tak jauh pun dari tepi kelong. Kalau bernasib baik ada selar putih bertanda hitam masuk berkumpulan kira rezeki la. Bukan selar sahaja, bebolos, gerut2, daun baru, kekapas serta seangkatannya suka menyambar mata apolo berumpan udang ni. 
Kekadang tu bukan sekadar anak ikan kecil sahaja yang menyambar mata apolo berumpan ni tetapi GT, talang, bawal emas dan tetanda bersaiz tapak tangan juga suka menyambar apolo berumpan ni. Kalau di layan beramai2 teknik ni mau meriah kalau ikan galak menyambar umpan. Tak ada la rasa boring kalau memancing di kelong. lagi satu tak ada la bini membebel tak bawa lauk selepas pergi memancing seharian. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. assalamualaikum kalau tak keberatan boleh tak saye ambil ilmu lagi dari tuan sbb saye msih junior

    ReplyDelete
  2. ilmu rumah tangga ilmu bahagia kan isteri anda.. krik krik

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih