Tuesday, July 26, 2011

MEMANCING DI BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG

Memancing bawah jambatan P.Pinang jugak agak menarik. Bagi sesiapa yang suka memancing sambil mencari cabaran boleh juga memancing di sini. Aku selalu jugak pergi memancing di sini apabila balik ke kampung di Baling. Selalunya saya pergi dengan adik kerana dia lebih arif dan mahir memancing di sini. Pada tanggapan sesetengah orang memancing di sini salah.. tapi bagi kaki pancing yang tegar.. salah kalau kena tangkap dan tak salah kalau belum kena tangkap.. hahahaha. Saya selalu pergi memancing di tiang jambatan sebelah Prai, jadi apa yang saya nak kongsi pun berkaitan tiang jambatan sebelah Prai sahaja. Kalau kita nak ke jambatan, kita perlu menaiki bot yang boleh di sewa di jeti sg batu kalau tak silap saya. Bot ni akan menghantar anda dan mengambil anda seperti yang telah dijanjikan. Aku selalu pergi memancing petang dan balik pagi esok.


ALATAN PERSEDIAAN TAMBAHAN BAWAH JAMBATAN

1. tali untuk mengikat pancing
2. makanan dan minuman yang mencukupi
3. baju hujan kalau musim hujan

UMPAN BAWAH JAMBATAN

1. Sotong cumit - kalau ada bawa lampu dan bateri boleh tangguk sotong  
2. Udang hidup - perlu di beli kerana susah nak dapatkan pembekal udang hidup di sini
3. Bilis lembut - Boleh di apolo di tepi tiang. umpan paling banyak dan senang dapat
4. bersia - Boleh di apolo siang atau malam. banyak waktu siang.
5. tamban - terdapat di tiang tertentu sahaja
6. gelama kecil - boleh dipancing dengan umpan pumpun
7. isi ikan kembung segar - beli di pasar
* sebaiknya bawa apolo saiz kecil kerana bilis kecil
* seeloknya umpan yang di apolo di simpan dalam baldi atau kolam takungan umpan kerana ikan besar sewaktu umpan susah dapat

LUBUK IKAN BAWAH JAMBATAN

1. Lubuk ikan di tiang jambatan tidak menentu kerana ada banyak tiang. Sesetengah orang minat dengan tiang tertentu. Jadi ada banyak lubuk di bawah jambatan P.Pinang.
2. Saya menggemari tiang no 3 dan 4 kerana tiang ni ada jenahak yang besar. Selain itu di tiang ini banyak ikan gerepoh dan senangin. setiap kali saya pergi ke tiang ini tidak pernah pulang hampa tapi tiang ni selalu sangkut kerana ada banyak batu dan karang.
3. Selain itu tiang 8,9,10,35,36,37,38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 dan banyak tiang lagi. kalu anda keliru boleh rujuk dan tanya dengan botman. Dia pasti bagi tau tiang mana yang 'hot'.
4. selain tiang, anda perlu mencari arah balingan, kalau kawasan yang sangkut tu memang lubuk yang baik.
5. kalau nak mancing kerapu layan tepi tiang je, pakai umpan udang hidup lagi baik di tepi tiang kerana kerapu suka hentam udang di sini. Di tepi tiang juga terdapat talang, jenahak dan semilang terutama di tiang yang airnya dalam seperti tiang 38.
6. kalau tiang 3 dan 4 sila baling arah batuan kerana jenahak suka berlonggok kat situ.

WAKTU IKAN MAKAN BAWAH JAMBATAN

1. Ikan kat jambatan suka makan waktu air beralih.. waktu perdana. pastikan umpan sentiasa ada semasa air berubah arah arus. terutama semasa air bergerak perlahan.
2. semasa air surut. ikan senangin tidak mengira masa sangat dan senangin suka makan  umpan bilis. penggunaan perambut apolo yang di buat sendiri memang sesuai memancing senangin.
3. Pada waktu pagi - ikan gerepoh dan jenahak suka makan pada waktu pagi.. pastikan umpan ada pada waktu ini kerana peluang lebih cerah.

GAYA MEMANCING BAWAH JAMBATAN

1. Perambut yang tidak terlalu kasar anggaran 50 lb sahaja
2. mata pancing juga tidak terlalu besar kerana umpan bilis kecil sahaja
3. umpan di cakuk pada mata kerana bilis yang kecil mudah mati kalau di cakuk pada badan
4. Tali di belit pada tiang lalu pancing diikat /sambung dengan tali yang dibelit tadi.

JENIS IKAN BAWAH JAMBATAN

oleh kerana memancing di bawah jambatan seperti memancing di tengah laut ditambah lagi dengan tukun dari tiang jambatan itu sendiri, maka terdapat pelbagai jenis ikan di sini yang boleh mengjangkau pemikiran kaki pancing yang belum biasa memancing di sini.
1. marlin
2. kerapu
3. jenahak
4 gerepoh
5. siakap
6. ibu gelama(tirus)
7. alu-alu atau baracuda
8. senangin
9. merah
10. pari

6 comments:

  1. boleh bagi tahu mahu guna cangkuk yang macam mana saiz dan berat batu yang diguna?

    ReplyDelete
  2. salam bro..tiang tu belah pulau ke belah perai?

    ReplyDelete
  3. salam all..baru2 ni saya ada p mancing kat bawah tiang 32. dpt la ikan merah sekilo lebih..berbaloi jugak la..tapi yg x bestnya tiang tu byk cerucuk tmpt kita nak berjalan..byk kali juga kaki tersadung cerucuk tu..

    ReplyDelete
  4. Salam,ada no tekong blah bagan@prai x?naik bot tang mana?x mau dah dok bayaq tol jambatan..letih nak pi belah marin nuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0195297998 tok pulau jambtn baru

      Delete
    2. 01156956632 musa 0134201656 abg joe..jambtn lama..naik bot dekat mak mandin sungai kawasan kilang

      Delete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih