Monday, August 18, 2014

RUMAH RAKIT SUNGAI SEPANG

Rumah rakit dalam sungai Sepang
Rumah rakit yang terletak dalam sungai sepang ini merupakan rumah rakit yang ke 3 dibina dalam sungai Sepang. Rumah rakit ini milik en Nasir ataupun nama manjanya Cakoi. Rumah rakit ni mula beroperasi pada awal tahun 2014. Pada hari pertama rumah rakit di tarik, aku memang ada di situ tetapi sekadar pergi lepak sahaja. selepas hari tersebut, aku tak dapat nak cuba try test langsung di rumah rakit ni kerana busy dan juga kekangan kesihatan diri. 
Suatu hari, Faez ada ajak aku nak cuba di rumah rakit ni, dalam rela paksa aku pergi lah juga memandang hati pon dah naik gian walaupun dalam keadaan uzur. Nak pendekkan cerita, kami pun gerak ke rumah rakit setelah buat deal dengan cakoi.
Memang santai
Dengan berbekalkan 100 ekor udang hidup kecil, kami cuba memikat penghuni apa yang ada dalam sungai Sepang ni. Lontaran pertama petang tu aku berjaya mendaratkan seekor anak ketuka. selepas itu suasana sepi hinggalah di bawa ke malam. Oleh kerana tiada getuan langsung, aku hanya berborak dengan faez sahaja. Walaubagaimanapun, sekali sekala aku bangun check umpan la jugak.
Tetiba sahaja aku nampak joran Faez di hentak dengan kasar dan terus senyap selepas tu. Aku terus sahaja karau kekili jorannya dan hasilnya tali utama dah putus. Apabila diperiksa balik rupanya beliau tak sedar sistem drag terlalu ketat, Aku tak syak ikan lain kalau dalam sungai sepang samada kurau ataupun ibu gelama punya angkara.
Pada keesokan hari sewaktu air mula pasang barulah joran aku agak sibuk. Gelama, tetanda, ketuka, senangin, daun baru dan tak ketinggalan sesirat juga. Baru aku sedar ikan hanya aktif semasa air bunga pasang. 
Mungkin lain kali aku nak bawa set yagng lebih berat sikit memandangkan memang ada si ikan besar yang sudi meragut umpan.
Kalau berminat boleh hubungi cakoi 019 2699924
siap katil dan tilam
yang ini tersangat penting
ketuka dan semilang amat biasa di sini

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih