Wednesday, April 6, 2016

LAYAN MEMANCING DENGAN ANAK DI KELONG POZI

Sebenarnya aku memang ada janji dengan anak nak bawa dia orang pergi memancing di Kelong Maswira di Tanjung Piai tapi macam biasa la, apa yang kita rancang tu tak semestinya jadi. Oleh kerana ada banyank kekangan dari segi masa, aku batalkan trip ke Kelong Maswira. 
Namun atas memenuhi permintaan anak-anak,,jadi aku bawa dia orang memancing di Kelong Pozzi sahaja. Salah seorang anak aku yang ke 2 tu memang dah selalu ke kelong Pozi, jadi tak menjadi masalah kerana dah biasa. Namun sebalik kakaknya sahaja yang jarang ikut aku memancing oleh kerana banyak tugasan sekolah dan juga sifatnya yang lebih pemalu. 
Aku sediakan 150 ekor udang untuk dia orang memancing sambil aku pula bawa joran galah nak cuba-cuba cari rekod baru di Kelong Pozi. Malam tu aku dapat menangguk berpuluh ekor cumit tapi hanya dua ekor anak pari dan 2 ekor anak GT sahaja yang sudi menyambut umpan terbaik tu. Tak ada seekor pun jenahak yang menyambut umpan cumit aku. Berasa pelik daan hairan juga kerana tak ada jenahak yang sudi ambil umpan sotong cumit sedangkan cumit merupakan umpan terbaik di kelong Pozi. Nampaknya rezki aku tak seperti dirancang .Manakala Syahmina anak aku yang ke 2 berjaya menaikan 2 ekor bandang tanpa bantuan aku. Nampaknya Syahmina yang lebih berpengalaman berbanding kakaknya sudah berani melayan ikan yang lebih besar.
Walaupun rezeki aku tak ada dihujung mata pancing, namun rezeki aku ada dalam tangguk. Malam tu aku berjaya menyauk 2 ekor tamuk bersaiz 1 kg di bawah kelong. Itulah kelebihannya kalau bawa tangguk yang besar dan panjang naik ke kelong Pozi. Selain dapat tangguk  sotong, kita dapat juga tangguk ikan.
Walaupun berpanas terik, kedua-dua anak aku tetap melayan joran sehingga berbelang muka. Apa lagi, sesampai di rumah, nenek dan mak saudaranya menjerit terkejut bercampur aduk dengan leteran yang panjang.

2 comments:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih