Sunday, August 7, 2016

AKTIVITI SEMENTARA MENUNGGU WIFE BERSALIN

pantai.. aktiviti terbaru
Memang tak nafi, tahun 2016 tahun yang aku kurang menulis. Nak kata tak ada bahan memang dah ada sampai ada yang terlupa begitu sahaja. Agaknya tahun ni aku agak sibuk berbanding tahun-tahun lepas. Banyak juga aktiviti sekolah yang aku buat dan juga banyak aktiviti luar yang aku terpaksa buat. Apa yang pasti, tahun ni aku menimang seorang lagi cahaya mata. Seorang hero tunggal yang mungkin akan mewarisi khazanah joran aku. 
Oleh kerana wife aku mengandung, jadi aku kurang juga pergi memancing melainkan jika ada kawan yang berhajat sangat. Aku bukan percaya sangat benda karut marut tapi sebagai suami perlu juga tunjukkan keprihatinan walaupun hakikat yang sebenar tak prihatin pun. 
membubu ketam buat lauk dan duit tambahan
Walaupun aku tak ke laut memancing tapi tak juga aku lekat kat rumah saja. Mentelah lagi rumah aku dah tak jauh dari pantai Morib dan Pantai Klanang. Menang aku tetap ke laut malah lebih kerap tapi tak la aku bermalam atau stay kat laut. Sekurang-kurangnya aku masih dapat balik tengok anak bini walaupun ke laut. Oleh kerana aku belum jumpa port memancing yang sesuai kat area sana, aku cuba suaikan aktiviti yang lain bersesuaian dengan tempat dan khazanah yang ada dalam laut kat sana. 
Aku cuba membubu ketam dengan menggunakan teknik bubu naga. Pada mulanya, aku membubu sekadar suka dan cuba try test sahaja. oleh kerana hasil agak memberangsangkan aku cuba kormersiakan sedikit hasil aktiviti tersebut. oleh kerana permintaan semakin meningkat terus aku jadikan part time sambil beriadah mengisi masa lapang. Selain mengisi masa lapang dapat juga aku mencari kenalan dan belajar beberapa teknik baru dalam dunia memancing ini.

1 comment:

  1. Dok mana bos. Banting ke? Ingat dok kat Bagan Lalang tadi.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih