Tuesday, June 13, 2017

PATIN SUNGAI LANGAT TAK CEREWET TENTANG PERAMBUT

Ini sesuatu yang menarik. Selama pengalaman aku, jenis perambut, panjang pendek perambut dan juga saiz perambut memainkan peranan yang penting untuk menjerat ikan dihujung mata kail. Berlainan sedikit dengan patin sungai Langat ni, semua jenis perambut tetap juga mendaratkan ikan,. Aku selalu menggunakan batu hidup kalau melayan di sungai sebab kurang rintangan air dan ikan tak culas meragut umpan. Kawan aku lagi sempoi, menggunakan perambut gantung 2 mata kail 100 lb siap lipat 2. Aku tengok ikan tetap juga ragut umpan beliau. bukan saiz kecil tetapi patin besar lagi.
Aku ada juga mencuba perambut gantung yang agak panjang pun tetap mendaratkan ikan. Aku mencuba 1 mata dan kekadang 2 mata kail tetap juga mendapat ikan patin.
Apabila aku mencuba umpan yang berbeza kesannya memang terasa dan adakalanya terus bangau apabila umpan yang digunakan tidak berjaya menimbulkan selera ikan. Umpan yang paling digemari mengikut cubaan aku ialah roti gardenia digaul dengan paste strawbery dan juga buah berembang. Umpan yang lain juga mendaratkan ikan tetapi peratus agak kurang berbanding 2 umpan yang disebut tadi.
kesimpulannya bagi aku ikan patin di sunagi Langat ni memang tak memilih jenis perambut tetapi lebih kepada memilih jenis umpan yang di gemari.
buah berembang ranum umpan terbaik

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih