Wednesday, September 6, 2017

MEMBURU BANDANG DAN EBEK BERSAMA IPAR

kelong pozi
Sempena cuti kejayaan kontinjen Malaysia menjuarai sukan Asean. aku berpeluang naik kelong Pozi sekali lagi. Kali ini aku bersama ipar dan seorang lagi suami sepupu isteri aku. Kami sampai di jeti pun dah tengahari walaupun pada awal perancangannya nak naik pagi.
Dengan berbekalkan 200 ekor anak udang, kami bercadang nak buru ebek dan juga bandang yang berada di penghujung musim. Cuaca hari sebelum dan pada hari itu sangat baik dengan panas dan cerah. Cuaca yang paling sesuai nak buru ebek dan juga bandang di kelong Pozi. Sesampai sahaja di kelong cuaca terus berubah. Aku sangka panas hingga ke lewat petang namun di awal petang lagi hujan turun mencurah-curah bermula dengan angin selatan kemudian bertukar arah angin dari darat pula.
ipar dengan jenahak dara

Tengah hujan mencurah-curah tu ipar aku tetap menghulur umpan udang hidup yang terus mendapat sambaran seekor bandang.  Dia mendapat beberapa sambaran bandang lagi tapi sekadar sambaran kosong sahaja. Hujan yang lebat agak reda apabila hari menghampiri senja. Arus yang mula surut turut membawa air kelodak yang berwarna kuning susu yang turut melemahkan semangat aku nak hulur umpan. 
Menjelang awal malam aku hulur juga umpan tamban hidup yang aku dapat beberapa ekor sahaja di kawasan tepi karang. Alhamdulillah tanpa  disangka sekor jenahak dara dan tetanda sudi menjamah umpan aku. Selepas itu, keadaan terus sunyi melainkan getuan anak ikan serkut yang asyik mencuri umpan sahaja.
Keadaan sunyi diteruskan lagi hingga ke awal pagi esoknya. Sementara menunggu arus kembali pasang, kami hanya berborak dan merebahkan badan sahaja. Pada awal petang arus kembali pasang. Air laut yang kekuningan awal pagi tadi kembali jernih. Aku terus hulur umpan udang hidup. Tak sampai 3 minit terus mendapat sambaran sekor bandang diikuti seekor lagi. Kemudian keadaan kembali sepi sehinggalah arus sudah hampir penuh. Sambaran bandang kembali bertalu-talu menghenjut hujung joran. Ipar aku dan sepupunya yang pertama kali menduga bandang menjadi kelam kabut.Dalam kelam kabut menarik ikan tu seekor bandang dan seekor ebek telah menjadi lauk santapan Sang Baracuda. Walaupun banyak yang rabut tapi kepuasan dan semangat memancing jelas kembali.Di penghujung petang hanya 2 ekor anak ebek  dan seekor anak gerung belang berjaya didaratkan.

apis dengan tetanda
anak ebek saja
tiada yang mega sekadar lauk sahaja

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih