Sunday, September 10, 2017

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 1 : 'SERVAY KELONG'

kelong pozi bertiang konkrit
Memancing ni boleh dikatakan hobi yang agak mahal. Selain memerlukan peralatan yang agak mahal, kini kaki pancing perlu membayar sewa bot atau port memancing yang juga bertambah mahal mengikut keadaan pasaran. Selain itu, penggunaan umpan tiruan turut menambah kos dalam aktiviti memancing. Walaubagaimanapun, setiap sen kos yang kaki pancing keluarkan pasti berbaloi jika mendapat hasil yang berbaloi. Di bawah ini aku sudi berkongsi 'Tips Kejayaan Memancing Di Kelong' semoga setiap pelaburan kita dalam aktiviti memancing berbaloi.

Pada masa sekarang tidak susah kalau kita nak buat 'servay' kelong. Kita tak perlu bersusah payah bertanya orang sekadar klik dihujung jari sahaja. Ramai blogger, rakan fb maupun wasap yang sudi berkongsi maklumat tempat, umpan, perambut dan spisis tangkapan sesuatu kelong.
Apakah maklumat yang perlu kita servay?

i, Pertama sekali kita perlu servay tahap keselamatan kelong. Mungkin ramai pemancing yang mengabaikan perkara ini tetapi hakikatnya keselamatn diri adalah perkara yang perlu diutamakan sebelum dan selepas memancing. Saban hari kita sering mendengar berita yang menyedihkan akibat kemalangan di laut. Jangan lupa sila pastikan pengusaha kelong menyediakan jaket keselamatan sebelum bertolak ke kelong. 
boleh dijadikan bantal

ii, Yang kedua barulah kita servay spisis ikan yang selalu didaratkan oleh kaki pancing. Mengetahui jenis ikan yang didaratkan memudahkan kita membuat andaian umpan yang perlu dibawa semasa memancing.Contohnya kalau kelong tersebut terkenal dengan spisis talang, maka kita boleh suaikan umpan untuk talang.

iii, Yang ketiga kita boleh servay umpan sedia ada yang terdapat di sekitar kelong. Biasanya penggunaan umpan tempatan lebih sesuai berbanding umpan yang dibawa dari darat. contohnya kebiasaan ikan yang datang ke kelong kerana hendak mencari makanan yang terdapat disekeliling kelong. Jadi penggunaan umpan hidup dan segar menjadi pilihan ikan di kelong.

kolam kecil bekas menyimpan umpan hidup
iv. Setetusnya kita boleh servay tahap layanan pengusaha kelong. Ada pengusaha kelong hanya membuat perkhidmatan hantar  dan ambil sahaja. Ada juga pengusaha kelong turut menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang di pesan melalui sms atau wasap sahaja seperti pengusaha kelong Mamud. Dengan adanya maklumat kita boleh buat persediaan membawa bekalan makanan jika tiada perkhidmatan menghantar makanan. Jangan ada yang berlapar dan dahaga pula semasa memancing.

v. Selain itu ada pengusaha kelong turut menyediakan perkhidmatan menyediakan umpan yang dipesan. Perkhidmatan ini juga sangat berguna kerana memudahkan urusan kita dan tak perlu kelam kabut mencari umpan sebelum pergi memancing.
hasil mungkin lumayan bersama guide kelong

vi. Kita juga boleh servay di mana ada kelong yang menyediakan khidmat guide. Kalau kita pertama kali menjejak kelong sesuai mengambil perkhidmatan guide ini. Selain memudahkan urusan dan alatan, kita terus boleh belajar teknik yang betul memancing disesuatu kelong. Kalau kita pergi ke kelong tanpa pengetahuan yang betul tak mustahil anda akan membangau di atas kelong. Biar berbelanja lebih sedikit untuk kepuasan memancing yang maksima.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih