Sunday, September 6, 2015

BANDANG KELONG POZI MENGAMBUR LAGI

Kelong Pozi
Ujung bulan ogos 2015, masa tu air menyorong besar. Lauk dalam peti pun dah habis jadi gatal kaki dan tangan nak memancing pun menjadi-jadi. Aku pun dah lama tak ke kelong pozi pasal bulan Ramadhan dan bulan raya. Selain tu aku asyik duk pi kelong mamud sahaja. Sesekali terasa nak layan ikan lain pula.
Kalau kawasan Kuala Lukut, ikan bandang memang sinonim dengan Kelong Pozi. Aku pun pernah dapat sekali sahaja di kelong mamud dan dengar juga ikan bandang ni makan kat dalam sungai kuala Lukut. Nak jadi cerita, sebelum aku naik kelong , Pozi ada bagi tau ada bandang yang masih strike tapi tak banyak yang naik kerana rabut dek kehebatan bandang memuntahkan mata kail. Cerita begini memang dah biasa kerana aku sendiri pernah merasai berpuluh kegagalan menaikan ikan bandang.
siakap orang
Aku sediakan 100 ekor umpan udang hidup. Pada mulanya aku pergi seorang sahaja tapi Rizal dan Taufik juga ikut apabila Kelong Mamud dah kena tapaw pada hari tu. Semasa naik kelong dah ada ramai pemancing tapi kebanyakannya nak pulang hari tu kecuali Fauzi dan kawan dari Perak yang stay malam tu. 
Semasa aku naik kelong, arus sedang mula pasang. Oleh sebab hari tu arus besar, beting belakang kelong Pozi timbul dah macam padang bola. 
Oleh kerana arus mula pasang, aku pasang mata apolo dengan pelampung berumpankan hirisan isi udang mati. Target utama ikan jejulung bintik yang besar. Jejulung ni sesuai dibuat lauk kerana manis rasa isinya. Selain tu jejulung juga boleh dijadikan umpan terbaik kalau nak duga baracuda, talang besar atau siakap. Sambil duk layan jejulung tu, aku ikat perambut joran-joran lain. banyak juga jejulung yang naik hampir dua puluh ekor semuanya. separuh disimpan buat umpan dan separuh simpan dalam tong  ais. 
wajah2 yang dibuli bandang
Sedang aku duk ikat perambut sambil sembang-sembang, joran panjang fauzi melendut disentap ikan. Aku yang berada hampir dengan joran terus sentap joran. Seekor siakap dah mengena hujung mata kail. Siakap yang cuba melarikan diri ke tiang terus aku tarik keluar. Tak sampai seminit siakap dah terangkat kepala. Nampaknya rezeki tarik sahaja aku dapat sebab tu joran orang punya, jadi ikan pun milik tuan joran punya.
Semasa arus berkembang besar lewat petang, aku pun cuba try test umpan udang lalu dilontar ke port bandang yang berhampiran dapur. Tak Sampai seminit, seekor bandang menjulang ke udara mengamburkan diri dalam cubaan meluahkan mata kail. Akhirnya bandang tu memang betul-betul berjaya meluahkan mata kail. Maka bermulalah pesta strike bandang. berpuluh kali bandang menyambar umpan tetapi macam biasa hanya beberapa ekor sahaja dapat dinaikan. Ada pemancing sampai naik bebal kerana dibuli bandang perkasa. hahahaha....
barisan bandang  yang tewas dimata kail aku
Akhirnya amukan bandang pun reda apabila hari hampir senja dan arus makin perlahan. Amukan bandang ni tak terhenti lagi sehingga awal pagi esok dan petang esoknya. Macam biasa, kali ini makin ramai yang kena buli dengan bandang sampai ada yang merajuk dan kecewa. 
Untuk malam tu, aku guna joran panjang sahaja dan hanya seekor jenahak dara sahaja yang sudi menyambar umpan tamban hidup joran aku. Jika ada sesiapa yang kecewa dengan bandang kelong Pozi, harap jangan putus asa dan cuba lagi. hahahaha......

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih