Dua minggu selepas raya puasa 2015, aku pi layan juga kat kelong Mamud selepas hampir dua bulan aku tak layan mancing semasa bulan puasa. Semasa nak ambil joran, pergh dah berabuk joran aku. Selain tu ada joran yang dan sangkut-sangkut kerana tak diguna dan dibiar tak berminyak. Terpaksa la aku service sedikit skru-skru dan kekacang yang dah karat tu dengan minyak masak saja.
Aku naik kelong hari sabtu. Menurut Mr Musang iaitu botman kelong Mamud, tak ramai orang yang naik kerana masih lagi mood bulan raya. Selain aku, Rizal juga turut naik kelong Mamud. Sementara tunggu bot nak jalan tu, sempat aku berborak dengan Rizal. katanya sebelum puasa hasil di kelong Mamud agak meriah dengan gubal, jenahak, tenggiri dan talang. Saja jer dia buat aku naik geram.
Kami sampai kelong pun hari agak dah lewat petang. kelam kabut juga la aku duk seting joran dan kolam takungan umpan. Mana nak cari tamban lagi sebab hari dah hampir gelap. Kalau dah malam tak ada la tamban nak sambar mata apolo lagi. Nasib agak baik kerana tamban memang bersepah. Sekali campak lima enam ekor sangkut kat mata apolo.
Sambil duk apolo tu sempat juga la aku pasang dua batang joran menggunakan teknik layang saja. Dah tentu aku target ikan parang kerana air menyorong surut. Akhirnya tak sampai sejam, joran aku dihenjut dan naik juga targert aku seekor parang cilik. Bukan apa, ni ikan kegemaran mertua aku. Kena jaga hati juga la.
No comments:
Post a Comment