Thursday, May 11, 2017

MANA PATIN MONSTER SUNGAI LANGAT?

saiz begini banyak didaratkan
Pada mulanya aku tak la berapa berminat memancing ikan patin di sungai Langat. Bagi aku, tak ada sebab yang boleh menimbulkan selera aku nak layan ikan patin.
 Pada suatu hari seorang kawan bercerita yang dia pernah lihat seorang pemancing menarik seekor patin yang besar. Pemancing tersebut turun ke dalam sungai lalu cuba menarik ikan tersebut ke darat. Apa yang terjadi sebaliknya apabila ikan patin tersebut pula menarik pemancing tersebut ke tengah sungai menyebabkan pemancing tersebut melepaskan ikan tersebut. Itu yang cerita yang aku pernah dengar. 
Selain cerita tersebut, kawan aku sendiri pernah menaikan ikan patin bersaiz 22 kg. Wow, ini memang menimbulkan selera aku. Selain memancing, aku berpeluang mencari monster yang boleh diabadikan dalam foto sebagai kenangan yang boleh dibanggakan.
Walaupun dah berminggu aku mencuba tetapi monster yang aku harap masih belum menunjukkan diri. Setakat ini saiz yang paling besar aku dapat tarik pun dalam sekitar 7 kg sahaja. Walaupun banyak juga patin yang dah di daratkan tetapi yang bersaiz mega agak culas nak meragut umpan aku. Adakah aku perlu menukar umpan yang lebih sesuai untuk ikan mega sahaja. Kalau kekawan ada tip yang baik samada tip umpan atau lubuk boleh la berkongsi dengan aku.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih