pokok berembang meliar tepi pantai |
Pokok berembang atau Sonneratia caseolaris ni memang sinonim dengan tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai atau tebing muara sungai. Buah berembang ni memang rasanya masam semasa putik dan masam manis apabila sudah ranum. Selain rasanya masam, bau buah ini juga semerbak bau masam. Buah ini memang boleh dimakan dengan pencicah.
Oleh kerana buah ini banyak dimuara sungai Langat, maka tidak hairanlah jika ikan patin muara sungai Langat menjadikan buah berembang sebagai makanan kegemaran. Kebanyakan pemancing menggunakan buah berembang yang mengkal atau yang agak lembut untuk dijadikan umpan. Buah yang mengkal agak lembut dan berbau harum masam menarik minat ikan patin.Terpulang pada pemancing hendak menggunakan teknik yang digemari untuk mengcangkuk umpan. Samada nak cakuk sebiji terus atau sebelah sahaja atau diricih lalu dicakuk seperti sate.
putik berembang |
Buah berembang yang sudah ranum lagi menarik minat ikan patin tetapi susah untuk dicakuk pada mata kail kerana mudah hancur dan terlerai daripada mata kail. Ada pemancing membungkus buah berembang ranum dalam net atau jaring yang halus lalu dicakuk pada mata kail. Selain ikan patin, ikan lampam juga berminat mencuri umpan buah berembang yang ranum. Pelbagai teknik boleh digunakan samada berminat teknik apung atau gantung. Macam biasa kalau nak mancing patin umpan kena tanam la lama sikit. Perlu banyak bersabar. Insyaallah rezeki akan tiba. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment