Sunday, May 21, 2017

UMPAN BUAH LAKUM DI SUNGAI LANGAT

gugusan buah lakum
Aku ni pun agak baru kenal buah lakum walaupun dah lama mendengar dari bibir kaki pancing ikan patin sungai Langat. Buah lakum atau juga dikenali anggur liar Malaysia mudah ditemui di tebing muara sungai Langat. Kekadang pokok ini juga banyak tumbuh meliar di tepi pantai. 
Pokok lakum yang tumbuh menjalar selalunya tumbuh memanjat pokok liar seperti  berembang yang tumbuh tepi tebing muara sungai Langat. 
Buah lakum berwarna hijau semasa putik dan berwarna seperti anggur hitam apabila sudah ranum. Isi buah lakum lembik dan berjus seperti buah anggur dan kurang mengeluarkan bau. Buah ini terus boleh dicakuk pada mata kail lalu dilontar ke dalam sungai. Walaupun buah ini boleh dijadikan umpan, tetapi bagi aku tak berapa suka guna buah ini kerana kurang bau. Aku pernah lihat ikan keli pun bedal buah lakum juga.

putik dan ranum buah lakum

1 comment:

  1. Ade jual ke bos buah lakum ni..or tempat yg byk to g amek

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih