Tuesday, July 25, 2017

LAYAN TALANG VS LAYAN JENAHAK

talang belasan kg masih mampu menghambur diri di udara
Kekadang aku pun tak paham dengan kaki pancing ni. Kebiasaan yang aku lihat ramai kaki pancing ni agak ego. Itu dah biasa sahaja sama seperti aku ni juga. tapi ada yang lebih pelik kalau bercerita keseronokan memancing. 
Ada kaki pancing datang bercerita.
Katanya," Aku ni memancing kerana memang suka melayan tarikan ikan".
Tambanya lagi,"Aku tak layan la tarik ikan talang ni. Tak ada standard. Paling kurang pun tarik jenahak juga yang best".
Ayat pertama katanya memancing kerana suka melayan tarikan ikan tetapi ayat yang kedua seperti menafikan balik ayat yang pertama.
 Setahu aku, kalau orang yang suka layan ikan suka menarik ikan talang kerana lebih kuat dan ganas berbanding ikan jenahak yang lebih pasif. Kebiasaanya ikan yang ada gaya sporty ni memang tak ada kelas atau harga dalam pasaran seperti todak, bandang, temanang atau bulan, talang dan juga layaran.
Kalau nak cari lauk memang la ikan yang ada harga seperti kerapu, jenahak, ikan merah dan sebagainya.
jenahak mahir melarikan diri di dalam karang atau celahan
Bagi aku mudah sahaja. Ada pelbagai cara dalam aktiviti menangkap ikan. Keseronokan tu atas diri memasing.Ada yang suka guna koyan sahaja. Katanya seronok dapat ikan besar-besar. Ada yang suka guna jaring sahaja. Dapat banyak ikan dan senang katanya. Ada yang memancing di laut dalam sahaja kerana ada banyak ikan katanya. Ada yang memancing dalam kolam sahaja kerana mabuk tengok air laut. Terpulang pada memasing tapi kalau cakap tu biarlah berasas dan tak berbolak balik macam bodoh ego campur sombong gitu. Kekadang cakap kita seperti menghina orang lain yang baru belajar memancing macam aku ni.

pakar melepaskan diri celahan batuan, tiang atau karang



2 comments:

  1. Betul tu tuan, tak perlu menganjing orang lain.
    Lain orang, lain objektif. Kalau baru start macam saya, nampak ikan pagut umpan pun dah teruja.
    Dapat pergi memancing pun dah seronok, walaupun bangau sepanjang hari atau malam.
    Jadi, bila ada orang lalu dan tanya "dapat ikan apa?", saya jawap "belum lagi bang".
    Sebabnya, jawapan "takda" itu negatif seperti sudah berputus asa dan mungkin kita je yang tak dapat pasal tak pandai pandai pancing, orang lain ok je dapat ikan kat situ.
    Yang lebih puas bila dapat ikan yang dihajati, yakni boleh makan. Kalau dapat yang tak suka atau tak boleh makan, kita lepaskan balik elok2.

    Kepuasan masing-masing..

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih