Tuesday, July 25, 2017

GETARAN STRIKE BANDANG DI KELONG POZI

ini saiz terbesar bandang yang aku daratkan
Ikan bandang ni kalau diikutkan rekod kat kelong Pozi tak la sebesar manapun. Paling besar yang pernah aku daratkan baru bersaiz 2.5 kg sahaja. Lain lah kalau kat luar sana laut lepas mungkin ada yang bersaiz belasan atau puluhan kg. Sebaik perambut dalm lingkungan 30 lb sahaja tetapi kena double dekat hujung kerana gigi ikan bandang berpasir seperti senangin. Kalau dah dua tiga ekor strike sebaiknya buat double semula di bahagian hujung dekat mata kail.
Jadi, kalau kita nak rasa getaran strike bandang, sebaiknya guna set ringan sahaja dengan kekuatan main line dalam lingkungan 10 lb. Pertama, main line senang keluar dari spool semasa melontar umpan. Tak guna pemberat pun boleh. 
lompatan bandang dari awal hingga penamat
Keduanya lebih peluang strike kerana ikan tak curiga dengan main line dan juga kita lebih sensitif kalau ikan sudah meragut umpan. Ikan bandang ni memang jenis menyambar tetapi agak sensitif apabila terasa ketegangan main line. Jika terasa sangkut, bandang terus menghamburkan diri lalu membuang umpan dalam mulut.Ketiganya, kita dapat menikmati tarikan bandang yang pasti akan melambungkan diri sehingga saat hendak diangkat ke atas kelong. Kalau rabut jangan putus asa, terus cepat-cepat pasang umpan lagi. Kalau bandang dah mula makan, tak mustahil macam pesta.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih