LADYFISH ATAU BANDANG |
MILKFISH ATAU IKAN SUSU |
Setiap tahun antara Mac hingga Ogos aku memang intai Kelong Pozi. Pertama antara bulan ni cuaca paling baik iaitu panas dan hujan kurang lebat berbanding bulan-bulan lain.
Keduanya ialah banyak jenis ikan yang masuk area Kuala Lukut. Antara spisis yang masuk antara Mac dan Ogos seperti GT, ebek, daun baru, gubal, bandang dan gerung belang.
Berbalik kepada spisis bandang atau ladysfish. Ikan bandang boleh ditemui di muara atau dalam kolam tinggalan berhampiran sungai air masin. Selain itu bandang juga boleh dipancing di bawah-bawah jeti yang menganjur ke dalam laut. Berbeza di kelong Pozi, memancing ikan bandang di Kelong Pozi boleh dijadikan salah satu kenangan yang manis dalam dunia hanyir. Apa taknya, aku sendiri sudah beberapa kali melalui saat-saat di mana ikan bandang seperti berbaris menunggu umpan yang dilontar. asal campak umpan sahaja terus strike. Lontar umpan terus strike lagi seperti memancing anak puyu berebut umpan kelkatu.
Pengalaman yang aku alami ni turut dikongsi dengan beberapa pemancing lain yang pernah melalui saat ini.
"aku tak pernah alami heaven memancing seperti ini. Asal campak umpan terus strike",celoteh beberapa pemancing.
Memang aku akui, Kelong Pozi memang lubuk bandang yang sukar di cari ganti. Kalau betul bandang dah masuk bukan setakat puluhan malam ratusan strike boleh berlaku dalam sejam dua sahaja. Kalau dalam keadaan begini, memang joran dalam gemgaman sahaja.
Tapi ada juga pemancing tak dapat melalui saat ini walaupun dalam musim bandang masuk kelong. Antara faktor yang utama menyebabkan bandang menjauhkan diri apabila terlalu ramai pemancing yang buat bising atas kelong. Eh, ada yang datang kelong pasang radio pastu karaoke lagi. Memang tak merasa la tarikan bandang.
Faktor kedua ikan bandang menjauhkan diri apabila ikan baracuda turut serta berkhemah bawah kelong. Memang ikan bandang cabut lari kalau baracuda sebesar batang nibung dengan barisan gigi pemotong datang ke kelong.
Tapi tak mengapa. Kalau ada rezeki, boleh la mencuba nasib di Kelong Pozi di antara bulan yang disebut. Jangan lupa bawa umpan udang hidup, lagi kecil saiz lagi cepat strike.
No comments:
Post a Comment