Sunday, September 10, 2017

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 2 : PENGGUNAAN PERAMBUT

kelong mamud tengah merupakan lubuk talang
Memancing ni boleh dikatakan hobi yang agak mahal. Selain memerlukan peralatan yang agak mahal, kini kaki pancing perlu membayar sewa bot atau port memancing yang juga bertambah mahal mengikut keadaan pasaran. Selain itu, penggunaan umpan tiruan turut menambah kos dalam aktiviti memancing. Walaubagaimanapun, setiap sen kos yang kaki pancing keluarkan pasti berbaloi jika mendapat hasil yang berbaloi. Di bawah ini aku sudi berkongsi 'Tips Kejayaan Memancing Di Kelong' semoga setiap pelaburan kita dalam aktiviti memancing berbaloi.

Ramai kaki pancing kurang mengambil kisah tentang perambut. Bagi mereka, semua perambut sama sahaja. lagi mahal perambut lagi bagus digunakan. Tanggapan seperti ini salah sama sekali. Tidak semestinya penggunaan perambut yang mahal menjamin hasil tangkapan yang baik. Sebenarnya pengetahuan kita yang arif tentang perambut dan air memainkan peranan yang penting jika ingin mendapatkan hasil yang terbaik.
perambut menggunakan pelampumg
Di sini aku bagi contoh:
i. Ada di sesetengah tempat perambut berwarna biru lebih praktikal untuk mendapatkan ikan. Ini bukan perambut mahal dan perambut biasa sahaja.

ii. Ada sesetengah tempat penggunaan perambut yang jernih sahaja yang sesuai.Bukan perambut 100% flourcarbon pun.

iii. Ada sesetengah tempat, saiz perambut pula yang menentukan hasil tangkapan contohnya lagi halus diameter perambut lebih cepat ikan meragut umpan.

perambut apolo 
Iv. Selain itu panjang dan pendek perambut juga perlu disesuaikan dengan jenis umpan yang kita guna. Aku lebih suka perambut yang panjang semasa menggunakan umpan ikan hidup. perambut yang panjang menjadikan umpan hidup lebih bebas bergerak dan hidup lama. Selain itu roaming ikan hidup menjadi lenih luas dan memberi peluang yang lebih untuk ikan berjumpa umpan.

v. Kalau memancing kawasan karang pula aku lebih suka menggunakan perambut yang pendek sahaja. Perambut pendek praktikal dikawasan karang untuk mengelak mata kail tersangkut atau membelit pada karang.

vi. Panjang atau pendek perambut juga perlu diselaraskan dengan target jenis ikan. Contohnya kalau nak mancing ikan daun baru, penggunaan perambut panjang sejengkal sudah memadai.
pelbagai jenis perambut

vii. Jenis perambut juga memainkan peranan penting. Kalau kawasan laut yang berarus perlahan aku gemar menggunakan perambut gantung kerana membolehkan aku senang melontar jauh. Tapi perambut gantung tidak sesuai digunakan dikawasan yang berarus laju kerana perambut akan berpintal apabila umpan berpusing dalam air. Jadi dikawasan berarus laju, penggunaan perambut batu hidup paling praktikal tetapi sukar untuk membuat balingan jauh.

2 comments:

  1. Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*EW*A*P*K / pin bb D87604A1
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10%

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih