Sunday, September 10, 2017

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 3 : UMPAN

umpan tamban hidup pilihan utama di kelong mamud
Memancing ni boleh dikatakan hobi yang agak mahal. Selain memerlukan peralatan yang agak mahal, kini kaki pancing perlu membayar sewa bot atau port memancing yang juga bertambah mahal mengikut keadaan pasaran. Selain itu, penggunaan umpan tiruan turut menambah kos dalam aktiviti memancing. Walaubagaimanapun, setiap sen kos yang kaki pancing keluarkan pasti berbaloi jika mendapat hasil yang berbaloi. Di bawah ini aku sudi berkongsi 'Tips Kejayaan Memancing Di Kelong' semoga setiap pelaburan kita dalam aktiviti memancing berbaloi.

Penggunaan jenis umpan juga sangat penting. Bagi sesetengah pemancing lebih gemar menggunakan umpan universal seperti pumpun atau udang. Memang umpan universal ni dimakan oleh semua ikan tetapi penggunaan umpan yang paling praktikal berdasarkan tempat, diet serta jenis ikan juga memainkan peranan penting.
pelbagai jenis umpan boleh diguna di kelong pozi

Aku bagi contoh yang senang.
i.  Kalau kawasan kelong memang banyak ikan plagik seperti talang, tenggiri, parang dan seangkatanya maka penggunaan umpan ikan hidup lebih praktikal berbanding umpan universal. Contohnya kelong Pozi yang terkenal dengan nursery anak tamban atau pun bawah jambatan Pulau Pinang.

ii. Kalau kawasan kelong mempunyai banyak kawanan anak ikan tamban maka umpan ikan tamban menjadi lebih praktikal sebaliknya jika kawasan kelong mempunyai banyak anak bilis maka penggunaan anak bilis menjadi lebih praktikal berbanding tamban. Contohnya kelong Mamud tengah yang mempunyai kawanan tamban yang banyak.

kalau nak simpan tamban hidup mesti bawa kolam
iii. latar belakang geografi kelong juga memainkan peranan penting. Bagi kelong yang berhampiran muara atau kawasan berlumpur penggunaan umpan pumpun pula yang lebih praktikal. Percaya atau tidak ikan plagik sekalipun tetap menggemari pumpun berbanding umpan anak ikan hidup. Contohnya kelong Nazri bagan lalang. Ikan jenahak juga menggemari umpan pumpun di kelong ini.

iv. Warna air tetap mempengaruhi jenis umpan. penggunaan umpan yang lebih berbau seperti pumpun atau udang potong lebih praktikal di kawasan berarus keruh. Lagi pun di kawasan yang berarus keruh selalu digemari ikan semilang dan seangkatannya. Contohnya rumah rakit sungai Sepang. Penggunaan pumpun agak praktikal di sini.



4 comments:

  1. Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*EW*A*P*K / pin bb D87604A1
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10%

    ReplyDelete
  2. Raih Kemenangan Besar Anda Disitus MARIO QQ, Hanya Dengan Modal Rp.10.000 Anda Bisa Menangkan Jackpot Jutaan Rupiah Setiap Harinya !!!
    ✅ BONUS TURN OVER 0.3%
    ✅ BONUS REFFERAL 15%
    ✅ WIN RATE GAME 96,9%
    ✅ 100% PLAYER Vs PLAYER ( NO ROBOT & ADMIN )
    ✅ Minimal Deposit Bank : Rp.10.000 (BCA MANDIRI BNI BRI DANAMON)
    ✅ Minimal Deposit Pulsa : Rp.10.000
    ✅ Support E-Cash : GOPAY , DANA , OVO , LINK
    Berapapun Kemenangan Bosku Pasti Akan Kami Bayar dan Kita Proses Dengan Cepat !!!
    Hanya Disitus MARIO QQ Yang Memberikan JACKPOT dan BONUS TURN OVER Yang FANTASTIS Loh !!! Ayo Tunggu Apalagi Buruan Daftarkan dan Mainkan
    Langsung Disitus Resmi MARIO QQ Dibawah Ini melalui :
    WHATSAPP +62 821-4331-1663

    ReplyDelete
  3. JUTAWAN SEGERA POK NIK KELATE https://bit.ly/3rmk2vz

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih